• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perak Tidak Gentar Dengan Mainan Politik Tun M

oleh Ahmad Albab
09/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Barisan Nasional (BN) Perak sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Malah, katanya, BN negeri telah membuat persiapan awal sebaik sahaja selesai pilihan raya umum lepas pada 2013.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak mengambil mudah kenyataan kononnya pembangkang termasuk parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan merampas kerajaan negeri pimpinan BN pada PRU14 akan datang.

“Berdasarkan pengalaman kami di Perak, kita telah bekerja dari dulu lagi kerana itu memang pendirian dan pendekatan BN negeri,” kata Menteri Besar itu kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Sekolah Agama Rakyat Ijtihadiah, Kampung Bahagia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa pembangkang boleh mengambil alih kerajaan negeri Perak dan Terengganu melalui tindakan ‘lompat’ parti oleh wakil rakyat di negeri berkenaan.

Menurutnya, kenyataan Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM, itu hanya sekadar mainan politik pembangkang. – BERNAMA

Tags: BNTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Kelantan Rampas 3 Senjata Api Dalam Seminggu

Next Post

Mohon Semak Semula Dasar Perumahan Negara – Cuepacs

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post

Mohon Semak Semula Dasar Perumahan Negara - Cuepacs

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd