• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perak Kemuka Bantahan Sempadan Semula Kepada SPR

oleh Ahmad Albab
01/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Barisan Nasional (BN) Perak akan mengemukakan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum 14 Okt ini.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pendekatan mengemukakan bantahan jelas menunjukkan kematangan parti itu terhadap sesuatu perkara dan bukannya melemparkan tuduhan tidak berasas seperti pembangkang.

Zambry berkata bantahan berkenaan dibuat kerana persempadanan kawasan yang dicadangkan SPR memberikan impak kepada kedudukan pengundi sedia ada.

“Antara bantahan itu melibatkan nama tempat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu yang dibuat oleh SPR membabitkan 17 kawasan Parlimen dan 28 DUN di negeri ini.

“Berdasarkan persempadanan itu, ada pengundi yang terpaksa mengundi di tempat yang jauh berbanding kawasan sekarang dan jika diteruskan ia menyulitkan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar di sini hari ini.

Zambry turut menyelar Anggota Parlimen Taiping Ng Kor Ming kerana membuat kenyataan di akaun Twitter dengan menuduh SPR sebagai penipu dengan meletakkan DUN Perak mengalami perubahan 400 peratus jika persempadanan semula dilaksanakan.

“Apabila kami periksa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan daftar pemilih suku pertama tahun ini yang dikeluarkan SPR, pertambahan pengundi baharu hanya 65,000 orang menjadikan jumlah keseluruhan pengundi 1.4 juta.

“Ini bermakna 4.64 peratus sahaja pertambahan dan kita tidak tahu daripada mana gambaran 400 peratus diperoleh. Malah, tuduhan telah ada rundingan awal antara BN dengan SPR, adalah tidak berasas,” katanya.

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak berkata pihaknya telah mengarahkan setiap bahagian UMNO untuk mengumpul sebarang perkara berbangkit berhubung persempadanan semula itu.

Ahad lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya telah meminta Badan Perhubungan UMNO Negeri yang mempunyai masalah (berkaitan syor persempadanan semula) untuk mengumpulkan semua syor atau bantahan dan hasil penelitian akan diserahkan kepada SPR.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 Sept lalu.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu. – BERNAMA

Tags: SPRZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Persatuan Pembalak Kelantan Nafi Gondol Hutan, Buli Orang Asli

Next Post

Adun Datuk Keramat Rayu Bantuan Atasi Banjir

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

Adun Datuk Keramat Rayu Bantuan Atasi Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd