• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilangan Pesakit Di Kemudahan Kesihatan Awam Meningkat

oleh Ahmad Albab
07/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bilangan pesakit mendapatkan perkhidmatan di kemudahan kesihatan awam mencatatkan peningkatan progresif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dari Januari hingga Mei tahun ini, terdapat peningkatan lapan peratus bilangan pesakit menggunakan khidmat klinik kesihatan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Peningkatan ini menyumbang kepada lebih daripada tiga juta tambahan pesakit melawat ke klinik kesihatan awam. Begitu juga, hampir 45,000 tambahan kemasukan ke hospital dari Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh serupa tahun 2015.

“Permintaan besar terhadap perkhidmatan kami telah membawa kepada cabaran yang lebih kompleks dalam menguruskan sumber-sumber sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata dalam memastikan peruntukan perkhidmatan kesihatan yang penting tidak terganggu, kementerian sedang menilai sejauh mana kekurangan kewangannya serta optimis dan memperuntukkan semula sumbernya yang terhad kepada mana-mana yang lebih memerlukan.

“Langkah ini untuk memastikan makmal kementerian terus melaksanakan penyiasatan diagnostik penting. Kementerian Kesihatan kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di semua kemudahan kesihatan.

“Marilah kita menterjemahkan cabaran ini kepada peluang untuk kita terus meningkatkan cara kita melakukan sesuatu perkara…untuk menjadi lebih baik, cekap dan berkesan, mengelakkan pertindihan yang tidak perlu serta mengurangkan pembaziran ke arah mencapai hasil yang lebih baik,” katanya.

Menyediakan perkhidmatan kesihatan baik dengan sumber yang terhad terus menjadi satu daripada cabaran terbesar mana-mana sistem penjagaan kesihatan di dunia, khususnya apabila permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan meningkat, tambahnya.

“Apabila kementerian berusaha menyediakan perkhidmatan kesihatan pada kos yang munasabah dengan kepuasan rakyat yang tinggi, pastinya permintaan untuk perkhidmatan kesihatan di kementerian juga akan meningkat,” katanya. – BERNAMA

Tags: hospitalpesakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd