• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benteng Batu Selamat Kejadian Banjir Di Kuala Perlis

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Benteng batu yang dibina di sepanjang pesisir pantai di sini berjaya menyelamatkan kawasan daripada berlaku banjir ekoran air pasang besar.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Abdul Najib Abdullah berkata benteng batu setinggi 2.7 meter itu yang dibina Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sekitar 80-an telah dinaik taraf JPS kepada ketinggian 3.7 meter.

Benteng siap dinaik taraf sepenuhnya pada 1 Dis tahun lepas dengan kos RM3.8 juta.

“Tembok penghadang daripada batu-batu besar diletak sepanjang 3.4 kilometer bermula dari pesisir pantai Kuala Perlis hingga Sungai Padang.

“Berdasarkan pemerhatian kami, situasi seperti banjir atau air pasang yang sedang berlaku sejak semalam, namun risiko kawasan sekitar ditenggelami air adalah sangat sedikit,” katanya kepada Bernama.

Menurut Abdul Najib, paras tertinggi akibat air pasang besar pada tengah malam tadi ialah setinggi 3.3 meter, namun limpahan di kawasan jalan seperti sebelum ini tidak berlaku.

“Air yang melimpah ke atas jalan tidak seteruk mana, namun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak menolak sebarang kemungkinan boleh berlaku jika keadaan laut bergelora dan disusuli ribut serta angin kencang ditambah pula dengan hujan berterusan secara serentak,” katanya.

Kawasan persisir pantai di Padang Keria hingga Kuala Sanglang didapati selamat tanpa tembok batu kerana dilindungi hutan paya bakau.

JPS kini dalam perancangan menaik taraf benteng batu di Kampung Wai sepanjang satu kilometer dengan penambahan banteng setinggi dua meter.

Sementara itu berdasarkan laporan pasukan pemantau Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, air pasang mencecah 3.2 meter pada pukul 1.19 tengah hari tadi, namun tidak mengakibatkan limpahan air berlaku.

Tinjauan Bernama mendapati para peniaga gerai makan yang terletak 30 meter dari pesisir laut di sini, meneruskan operasi seperti biasa walaupun dalam keadaan hujan lebat dan laut berombak tinggi.

Peniaga bihun sup dan laksa, Norhayati Mohamad, 54, berkata pembinaan benteng batu banyak memberi manfaat.

“Saya berniaga di sini sudah hampir 15 tahun, namun belum pernah mengalami kejadian air laut melimpah hingga ke kawasan gerai dan ditenggelami banjir.

“Hanya ombak tinggi yang menghempas ban sehingga air laut melimpah secara sederhana tetapi tidaklah sampai menjejaskan pengguna jalan raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: air pasang besarbenteng batu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd