• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Di Kolam Takungan 4 Daerah Capai Paras Minimum

oleh AK-47
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekalan air di kolam takungan perkhidmatan di daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat dijangka mencapai paras optimum secara berperingkat mulai hari ini, demikian menurut Kumpulan Air Selangor.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya Amin Lin Abdullah berkata Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kembali beroperasi pada 11 malam tadi dan proses penyaluran bekalan air ke kolam takungan giat dijalankan.

“Dalam usaha untuk memastikan bekalan air diagihkan dengan lebih efisien semasa pemulihan ini serta mengurangkan tempoh gangguan bekalan air kepada pengguna, bekalan air akan diagihkan secara berjadual ke kawasan yang terlibat.

“Air dibekalkan ke zon, yang dijadualkan mendapat bekalan air, pada pukul 4 petang hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya bekalan air bantuan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air akibat paras air rendah di kolam takungan perkhidmatan.

LRA Semenyih yang ditutup tiga hari baru-baru ini berikutan pencemaran di Sungai Semenyih terpaksa ditutup semula pagi semalam berikutan masalah sama.

Berikutan langkah itu, beberapa kawasan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling mengalami gangguan bekalan air, seperti mana sewaktu penutupan pada 22 hingga 24 Sept lalu. – BERNAMA

Tags: air selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

04/07/2023
0

Pengendali perkhidmatan air di Lembah Klang, Air Selangor meluahkan harapan agar kerajaan mengkaji semula tarif air secepat mungkin. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd