• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat Tiada Kaitan Empangan Air Hitam – PBAPP

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Banjir kilat yang berlaku di lembah Paya Terubong, Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri dan Sungai Pinang semalam tidak mempunyai kaitan dengan Empangan Air Itam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa.

Jaseni berkata PBAPP merekodkan taburan hujan kira-kira 135mm di empangan itu semalam.

“Terdapat limpahan air minimal sebanyak 12mm di empangan itu kira-kira 7.10 malam. Sebarang limpahan dari Empangan Air Itam akan hanya mengalir ke Sungai Air Itam.

“Sebagai makluman, limpahan 12mm itu tidak cukup untuk mengakibatkan banjir di beberapa tempat di George Town. Tambahan pula, banjir kilat itu berlaku sebelum 7.10 malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai kejadian tanah runtuh di laluan selepas Kuil Kek Lok Si, Jaseni berkata hujan lebat semalam mengakibatkan tanah runtuh di sebahagian jalan selepas Kuil Kek Lok Si, menghala ke Empangan Air Itam.

“Tiada kecederaan dilaporkan, bagaimanapun runtuhan itu mengakibatkan jalan itu tidak boleh dilalui kenderaan. Anggota daripada PBAPP dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang membersihkan kesan daripada runtuhan,” katanya.

Beliau menasihati pengunjung ke Empangan Air Itam supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika menggunakan jalan berkenaan pada musim hujan sekarang. – BERNAMA

Tags: banjir kilatPBAPP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd