Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kelantan Tak Mampu...

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan tidak mampu membantu sepenuhnya Persatuan Bola Sepak Kelantan...

Peluang Masih Ada Untuk...

KUALA LUMPUR – Malaysia terlepas slot automatik ke Final Liga Hoki Lelaki Dunia...

Kelantan Perlu Kaji Semula...

GUA MUSANG - Kerajaan Kelantan perlu mengkaji semula peraturan berkaitan aktiviti pembalakan di...

Messi Digantung 4 Aksi...

ZURICH - Lionel Messi digantung empat perlawanan kelayakan Piala Dunia buat Argentina bermula...

Bajet 2017 Pakatan ‘Pikat’ Rakyat Menjelang PRU-14

KUALA LUMPUR – Seperti kelaziman dua hari sebelum pembentangan bajet tahunan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak pembangkang pun mengumumkan bajet alternatif.

Pembentangan bajet oleh kepimpinan Pakatan Harapan (ganti Pakatan Rakyat selepas PAS dinyah keluar) konon lebih baik daripada apa yang bakal diumumkan pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan ekonomi Malaysia.

Macam biasa, mereka menjanjikan ‘bulan dan bintang’ sebagai prinsip biasa yang selalu dilakukan pembangkang termasuk ketika pilihan raya kerana sebagai bukan kerajaan, mereka tahu perkara itu memang tidak akan dibuat!

Malah kali ini apa yang begitu ketara apabila pembangkang secara terbuka cuba ‘pikat’ rakyat Sabah dan Sarawak dengan menjanjikan peruntukan pembangunan paling banyak kepada dua buah negeri besar di Pulau Borneo itu.

Bayangkanlah Pakatan Harapan sanggup memperuntukan daripada bajet pembangunan tahunan persekutuan kira-kira RM50 bilion untuk Sabah dan Sarawak yang diketahui sebagai ‘kubu kuat’ Barisan Nasional (BN) selama ini.

Manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan turut menjadi perhatian bajet Pakatan Harapan dengan peruntukan sebahagian daripada 60 peratus bajet pembangunan yakni selepas ditolak RM15 bilion untuk Sabah dan Sarawak.

Ketua Pembangkang, Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bajet itu ketika membentangkan Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 yang bertemakan ‘Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan’ di sini hari ini.

Lucunya, bajet dibentangkan blok itu turut menyenaraikan 11 cadangan dengan harapan agar pihak BN mengambil kira pandangan mereka, sekali gus bakal menuduh konon Najib yang ‘ciplak’ idea belanjawan pakatan tersebut.

bajet1

Antara cadangannya ialah peluang sama rata dalam pekerjaan dan keusahawanan, peningkatan upah, pengurangan pekerja asing, prosedur kerajaan bagi pelaporan fiskal, pencegahan rasuah dan penyemarakan industri beras.


Turut hadir dalam pembentangan di bangunan Parlimen itu ialah Presiden PAN, Mohamad Sabu; Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah serta seluruh ahli parlimen dari Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Presiden PKR itu turut berkata konon tema belanjawan tersebut disarankan susulan kelembapan ekonomi yang ketara dan turut menjangka pada tahun depan negara akan mengalami krisis ekonomi teruk.

Bajet Pakatan itu juga memfokuskan antara lain, pengurangan peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion, daripada RM20.31 bilion bagi tahun 2016, selain berhasrat menghapuskan ketirisan akibat rasuah.

Dengan dokumen bajet pun sekadar senipis 40 muka surat, gabungan DAP, PKR dan PAN itu menjangkakan usaha pembanterasan korupsi dan sistem antirasuah akan dapat menjana penjimatan hingga 20% untuk satu tahun fiskal.

Setakat ini, PAS yang membentuk blok Gagasan Sejahtera dengan Parti Ikatan dan Berjasa tidak menawarkan apa-apa bajet alternatif, sekali gus menggambarkan pembangkang sendiri pun tidak bersatu sesama mereka sendiri.

Lebih lucu lagi, bajet Pakatan Harapan itu juga tidak melibatkan penyertaan dua lagi parti pembangkang baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada dokumen belanjawan tersebut.

Walhal dua parti berkenaan ada wakil bertaraf presiden dalam Dewan Rakyat masing-masing Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM – Pagoh) dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan – Semporna). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bajet

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori