Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Ramai Islamophobia Di Australia?...

Ramai mengatakan Australia merupakan sebuah negara yang agak rasis terhadap bangsa dan agama...

Iflix Jangka Mengubah Landskap...

KUALA LUMPUR - iflix, perkhidmatan TV Internet yang baru dilancarkan di Malaysia, dan...

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Tragedi Basikal Lajak: Pendakwaan...

JOHOR BAHRU - Pihak pendakwaan hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah...

Bajet 2017 Pacu Pembangunan Industri Halal Negara – HDC

GOPENG – Bajet 2017 yang dibentangkan semalam tidak hanya mampu memperkasakan usahawan Bumiputera, tetapi turut memacu pembangunan industri halal negara dengan membuka lebih banyak peluang berkaitan.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) Datuk Seri Jamil Bidin menggesa usahawan Bumiputera supaya merebut pelbagai inisiatif ditawarkan kerajaan sejajar peningkatan permintaan produk halal di peringkat global.

Menurutnya, setakat tahun lepas lebih 5,000 syarikat mendapat pensijilan halal Malaysia namun hanya kira-kira 2,000 merupakan syarikat Bumiputera.

“Eksport produk halal ke seluruh dunia bernilai kira-kira RM40 bilion tahun lepas.

“Penglibatan atau sumbangan Bumiputera agak rendah iaitu lebih kurang RM2 bilion manakala kira-kira 70 peratus daripadanya adalah syarikat multinasional.

“Kita perlu lihat bagaimana eksport syarikat Bumiputera ke pasaran dunia dapat ditambah,” katanya kepada pemberita di Karnival Halal Malaysia 2016 peringkat kebangsaan di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, hari ini.

Program tiga hari mulai semalam itu memaparkan program seminar dan panel dialog, taklimat oleh agensi-agensi berkaitan, ekspo produk halal serta kaunter informasi oleh agensi kerajaan.

Dalam pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan cadangan peruntukan RM1.52 bilion untuk memperkasa ekonomi Bumiputera.


Sebanyak RM120 juta disalurkan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi pelbagai program keusahawanan termasuk perusahaan industri halal, pembangunan usahawan belia dan Program Latihan Bersepadu Keusahawanan.

Mengulas lanjut, Jamil berkata HDC yang juga Sekretariat Majlis Halal Malaysia akan memainkan peranan lebih agresif untuk membantu syarikat Bumiputera mendapat pensijilan halal seterusnya menembusi pasaran antarabangsa.

Menurutnya, Malaysia juga menjadi pusat rujukan lebih 60 negara termasuk Mexico, Chile dan Cuba berikutan pembangunannya yang memberi penekanan kepada aspek Syariah.

“Banyak negara terutama bukan Islam kini menekankan pensijilan halal kerana mendapat permintaan 1.8 bilion penduduk Islam global dan satu peluang besar.

“Cuma mereka tidak tahu membangunkan (aspek) halal di negara mereka dan melihat Malaysia sebagai peneraju,” katanya.

Beliau berkata, Jepun adalah antara negara yang agresif membangunkan industri halal kerana bakal menganjurkan Sukan Olimpik 2020 yang disertai negara Islam termasuk Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori