• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2017: Naikkan Peruntukan Untuk Sektor TVET – MBM

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) mahu peruntukan untuk sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dinaikkan dalam Bajet 2017 bagi melahirkan lebih ramai belia berkemahiran yang mampu memenuhi pasaran kerja.

Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup berkata cadangan itu selaras dengan usaha kerajaan bagi meningkatkan jumlah pelajar TVET daripada 164,000 orang kepada 225,000 orang menjelang tahun 2020.

“Dari segi modul pembelajaran dan pengajaran TVET, ia masih perlu ditambahbaikkan bagi membantu meningkatkan pilihan belia kepada TVET.

“Ia juga sebagai satu transformasi bagi memastikan latihan yang ditawarkan itu dapat meningkatkan kebolehpasaran lepasan TVET terutamanya dalam kalangan belia,” katanya kepada pemberita dalam sidang media Karnival Sukan Patriotik Belia Malaysia 2016 di sini, hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2016 pada tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion untuk TVET.

Dalam pada itu, Ahmad Saparudin berkata MBM turut mencadangkan agar harga rumah dapat diselaraskan dalam pembentangan Bajet 2017 bagi memberi peluang kepada golongan belia memiliki rumah mampu milik.

“Hal ini kerana sebahagian besar belia masih belum mampu membeli rumah termasuk membayar deposit kerana harga yang melambung tinggi saban tahun,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Saparudin berkata pihaknya akan menganjurkan Karnival Sukan Patriotik Belia Malaysia pada 15 hingga 16 Oktober di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya sempena sambutan Hari Sukan Negara.

Katanya, sebanyak tiga acara akan diadakan iaitu Karnival Futsal, Zumba dan ‘Happy Geng Diet Fun Walk’ sempena karnival ini.

“Belia yang berminat boleh mendaftar secara online di www.belia.org.my atau www.youthcharacter.net ataupun menghubungi sekretariat program di talian 018-2088963. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017TVET
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

12/09/2025
0

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan...

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

14/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd