• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2017: Lestari B40 Agenda Utama Kerajaan

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Cabaran terbesar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak ialah memanifestasikan Bajet 2017 sebagai bajet mesra kumpulan B40.

Walaupun PM selaku Menteri Kewangan menggariskan isu pendidikan, pekerjaan, perubatan, perumahan dan kos sara hidup sebagai isu popular dalam Bajet 2017 yang akan dibentangkan pada 21 Oktober di Parlimen nanti, semua lima fokus utama ini berpaksikan kepada meningkatkan kualiti kumpulan B40.

B40 ialah terma yang merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dalam hierarki ekonomi negara.

“Kita percaya PM akan menjadikan B40 sebagai keutamaan. Mereka golongan paling terdedah pada beban kewangan dalam persekitaran ekonomi sekarang,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Kata Dr. Irmohizam, hanya empat tahun lagi menjelang Wawasan 2020, dan kerajaan perlu menggandakan pendapatan golongan ini untuk mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi.

“11.7 juta rakyat kini berada dalam radius kumpulan B40 dengan pendapatan isi rumah bulanan RM2,500 sebulan. Bajet 2017 akan memacu pendapatan B40 mencapai RM5,000 sebulan menjelang 2020,” kata Dr. Irmohizam yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tindakan ini, katanya, secara automatik akan meningkatkan status B40 ke hiererki M40 yakni kumpulan menengah dalam ekonomi negara.

Secara popularnya, kata Dr. Irmohizam, kumpulan B40 dan M40 pastinya menanti pengumuman mengenai pakej BR1M dan bonus, namun kerajaan pasti lebih komited pada pelan jangka panjang untuk memastikan unjuran membentuk saiz M40 menjadi kenyataan dalam tempoh empat tahun lagi menuju Wawasan 2020.

Menurut Dr. Irmohizam, amat penting tumpuan membangunkan B40 diperluas melalui pelbagai insentif terutama menambah saiz tabung pinjaman perniagaan melalui Tekun, AIM dan Mara.

B40, tegas Dr. Irmohizam, juga memerlukan reformasi pengetahuan dan sangat penting kumpulan B40 diperkasakan dengan ilmu menguruskan ekonomi secara efisien.

“Golongan B40 perlu mahir dengan pengetahuan kewangan. Mereka mesti bijak menguruskan pendapatan dan cekap dalam penjimatan. Penjimatan satu cara meningkatkan pendapatan,” kata Dr. Irmohizam.

Kegagalan dalam menguruskan kewangan, kata Dr. Irmohizam, menjadikan B40 akan terjerumus dalam ketidaktentuan pembiayaan akibat ketidakcekapan mengurus pembelanjaan. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Bajet 2017Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd