• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2017 Bantu Tangani Isu Industri Filem Tempatan

oleh Ahmad Albab
23/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM80 juta menerusi Bajet 2017 bagi merancakkan lagi industri kreatif dan penerbitan filem negara dilihat dapat membantu Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) meningkatkan peranan menangani permasalahan industri perfileman negara.

Timbalan Presidennya Syed Zulkifli Syed Nasir berharap sebahagian peruntukan itu, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas, dapat dimanfaatkan sebagai dana bagi menjayakan kajian filem yang sedang dijalankan FDAM.

Kajian itu untuk mengenal pasti penyelesaian terhadap isu filem tempatan yang kebanyakannya masih gagal memenuhi kehendak penonton dan menembusi pasaran filem luar negara, katanya kepada Bernama.

“Kami sudah selesai penyelidikan fasa pertama iaitu mengkaji tahap pasaran filem tempatan di dalam dan luar negara dan kini memasuki kajian fasa kedua iaitu merungkai masalah penceritaan filem tempatan,” katanya yang menjangkakan kajian itu dapat disiapkan pada 2018.

Syed Zulkifli, juga seorang pengarah popular dengan nama Syed Zul Tojo berkata kajian fasa kedua itu termasuk penerbitan sebuah filem kajian berjudul ‘Hijabsta Ballet’ yang bakal menemui penonton awal tahun depan.

“Jika berpeluang mendapat dana daripada bajet itu, ia boleh digunakan untuk kajian fasa ketiga iaitu mengkaji cara pengiklanan dan promosi sesebuah filem termasuklah filem Hijabsta Ballet ini,” katanya.

Secara keseluruhannya, Syed Zulkifli berkata kajian itu bagi mengenal pasti kesilapan yang sering dilakukan dalam penerbitan filem tempatan dan mencari penyelesaian bagi penghasilan filem bermutu tinggi dan pecah panggung.

Beliau mengetuai kumpulan pengkaji berkenaan yang terdiri daripada 10 anggota jawatankuasa FDAM. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Graduan Perlu Ada Kemahiran Seiring Ilmu

Next Post

Individu Rakam, Viral Campak Ular Bukan Suspek Polis

Related Posts

Eksport, Import Kasar Dijangka Meningkat 2017

29/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Eksport kasar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM917.5 bilion pada 2017 berbanding RM787 bilion pada...

LHDN Nafi Terbit `Analisa Bajet 2017′

07/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan agensi kutipan cukai negara itu ada mengeluarkan analisa berhubung pendapatan dan...

Next Post

Individu Rakam, Viral Campak Ular Bukan Suspek Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd