• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fail Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang mewakili kerajaan Selangor, selaku pemohon, memfailkan permohonan itu menerusi tetuan Daim & Gamany di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau, yang juga anggota Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR, menamakan SPR, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam permohonannya, beliau menuntut satu deklarasi bahawa cadangan untuk persempadanan kawasan pilihan raya oleh SPR pada kajian 2016 adalah tidak berperlembagaan kerana tidak selaras dengan Fasal 113(2) dan Seksyen 2(c) dan 2(d) Jadual Ketiga Belas kepada Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.

Beliau juga menuntut suatu deklarasi bahawa kegagalan SPR untuk menggunakan daftar pemilih dalam persempadanan kawasan pilihan raya adalah tidak berperlembagaan kerana tidak selaras dengan Seksyen 3 dalam Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.

Azmin juga menuntut suatu perintah mandamus mengarahkan SPR menerbitkan suatu notis baharu dan cadangan baru yang mestilah mematuhi Jadual Ketiga Belas kepada Perlembagaan Persekutuan, berdasarkan kepada daftar pemilih semasa iaitu daftar pemilih tambahan yang diperakui pada 20 Julai 2016 (atau apa-apa daftar pemilih tambahan berikutnya yang disahkan selepas itu) dan mengambil kira alamat yang betul dan telah dikemaskinikan untuk 136,272 pengundi di negeri
Selangor, di mana ada alamat yang tidak dinyatakan.

Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan dengan alasan bahawa SPR bertindak bertentangan dengan undang-undang tanpa mengikut perlembagaan, tidak munasabah dan tidak rasional apabila ia melanggar dan/atau gagal memakai Fasal 113(2) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Azmin turut mengemukakan alasan SPR telah terkhilaf dan bertindak berlawanan dengan undang-undang dan bertindak tanpa mengikut perlembagaan dan secara tidak rasional apabila ia gagal untuk menggunakan daftar pemilih semasa sebagaimana yang perlu dibuat di bawah Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas kepada Perlembagaan Persekutuan.

Antara relif-relif yang dipohon ialah suatu deklarasi bahawa notis yang diterbitkan mempunyai kekurangan butiran terperinci yang mana seseorang pengundi biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak mampu untuk menjalankan hak mereka untuk membuat representasi berhubung notis berkenaan. – BERNAMA

Tags: Azmin AliSPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd