• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aswaja Minta Mufti P.Pinang Utamakan Agama

oleh Ahmad Albab
02/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) membidas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor kerana memperlekehkan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Presidennya, Ustaz Dr. Zamihan Mat Zin Al-Ghari berkata, seorang mufti yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bias politik dan tidak masuk akal mengenai usaha tersebut.

“Sedarlah bahawa kepentingan Islam lebih utama dari tekanan politik kepartian,” katanya dalam nada menyindir mufti negeri yang dikuasai parti DAP tersebut.

Zamihan berkata, kenyataan Mufti Pulau Pinang itu menimbulkan persoalan adakah rang undang-undang itu salah dan tidak selari dengan kehendak Islam sedangkan ia bertujuan memartabatkan undang-undang syariah dan menegakkan hukum Allah hingga tidak wajar disokong umat Islam.

Justeru, katanya, adalah malang apabila hampir kesemua mufti dalam negara ini menyokong RUU tersebut, tetapi Mufti Pulau Pinang tampil dengan kenyataan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam.

“Ketika mana agensi agama dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam bersatu dalam usaha memartabatkan undang-undang syariah, beliau cuba menjadikan isu picisan sebagai satu kenyataan rasmi daripada pihaknya,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Aswaja menyeru kepada semua Ahli Parlimen eragama Islam supaya menyokong penuh rang undang-undang itu dengan mengenepikan perbezaan fahaman politik.

“Sebaliknya kita perlu berdiri atas satu akidah bagi mempertahankan dan memartabatkan undang-undang Islam di negara ini,” katanya.

Tindakan PAS membentangkan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) sebelum ini ditentang hebat oleh pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP.

Malah, seorang pemimpin Melayu DAP pernah mendakwa rang undang-undang itu jika dilaksanakan akan mengundang kepada pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Pemimpin Melayu DAP berkenaan mendakwa hudud akan mengundang bias kepada golongan lemah terutama kaum wanita serta bercanggah dengan hak asasi manusia. – Mynewshub.cc

Tags: Aswaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bercakap Hak Islam, Melayu Pula Dianggap Rasis?

21/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) mempersoalkan mengapa umat Islam dan orang Melayu negara ini dianggap rasis...

Aswaja Zahirkan Sokongan Keatas Ahmad Zahid

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) yakin Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd