• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asia Perlu Galak Pembangunan & Kemakmuran Bersama

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Negara di rantau Asia perlu menggalakkan pembangunan dan kemakmuran bersama dan menolak ‘campur tangan kuasa-kuasa luar’, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya era empayar lama telah lama berlalu dan rakyat di negara Asia mahu kebudayaan, undang-undang dan kedaulatannya dihormati negara lain.

“Jika inilah masanya menjadi abad Asia dan saya memang percaya kita mesti yakin untuk menentukan nasib kita sendiri. Rakyat kita dan negara kita sedang meningkatkan usaha untuk menyahut cabaran para pimpin agar pusat graviti global beralih ke timur ke Asia,” katanya kepada perwakilan.

Perdana Menteri berkata demikian semasa sidang pleno pada Sidang Kemuncak kedua Dialog Kerjasama Asia (ACD) yang diadakan di Kementerian Luar Thailand di sini hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha merasmikan sidang kemuncak itu yang bertemakan ‘Satu Asia, Pelbagai Kekuatan’.

Najib juga berkata adalah penting supaya 34 negara anggota ACD lebih bersatu supaya ia menjadi daya penggerak bagi pertumbuhan ekonomi global.

Ini berikutan keadaan ekonomi di rantau ini pada masa ini begitu mencabar.

Beliau berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan Unjuran Ekonomi Dunia 2016 mengunjurkan pertumbuhan global berkembang pada kadar 3.1 peratus tahun ini dan 3.4 peratus pada 2017, yang menekankan keperluan bagi meningkatkan penyelarasan dasar di kalangan negara.

“Ini adalah penting supaya negara anggota ACD lebih bersatu dan bekerja secara kolaboratif, agar Asia boleh memenuhi potensinya sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi global,” kata Najib.

Beliau percaya negara-negara ACD, tidak mengambil kesempatan ke atas apa yang ia boleh lakukan sebagai sebuah organisasi dan menggesa mereka untuk memberi tumpuan kepada program-program khusus yang akan membuahkan hasil yang cepat dan ketara.

Malaysia, menurut Najib, mempunyai pengalaman berkaitan dengan Program Transformasi Nasional yang telah meningkatkan hampir sekali ganda daripada Pendapatan Negara Kasar, mewujudkan 1.8 juta pekerjaan dan hampir membasmi kemiskinan.

Perdana menteri berkata negara menyokong tunggak ACD dalam pendidikan dan pembangunan sumber manusia, mengesahkan komitmen Malaysia untuk membangunkan Asia e University (AeU).

Sejak beroperasi pada 2008, AeU yang merupakan idea Malaysia telah mengambil kira-kira 2,350 pelajar antarabangsa dari 60 buah negara dan mewujudkan perkongsian di 25 buah negara, katanya.

Mengakhiri ucapannya, beliau menggesa ACD untuk memastikan masa depannya ditandai dengan kerjasama, saling bergantung, perkongsian, penyayang dan saling melengkapi.

“Usaha ini boleh dicapai, jika kita menunjukkan kesungguhan politik yang sewajarnya dan bekerja secara kolektif untuk manfaat bersama. Saya yakin semua yang hadir mempunyai keazaman untuk berbuat demikian,” kata najib. – BERNAMA

Tags: AsiaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

Harga Emas Lebih RM2,000 Satu Auns Di Asia

07/03/2022
0

HONG KONG - Emas diniagakan dengan harga lebih AS$2,000 (RM8,359) untuk satu auns (28.34 gram) dalam dagangan Asia pada pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd