• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asap Tebal Cabaran Utama Bomba Selamat Mangsa HSA

oleh AK-47
27/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Asap tebal dari kebakaran yang menyelubungi wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga meragut enam nyawa semalam adalah cabaran utama anggota bomba dalam usaha menyelamatkan mangsa.

Timbalan Penguasa Bomba Johor Bahru, Ibrahim Omar berkata keadaan asap tebal telah menyukarkan para anggotanya untuk membawa keluar dengan segera mangsa dari ICU ke Pusat Kawalan Bomba di aras bawah sayap timur bangunan induk HSA.

Katanya apabila kebakaran berlaku, siling runtuh dan menghalang pergerakan pantas anggota penyelamat selain anggota terpaksa bergerak dalam keadaan gelap dan asap tebal.

“Dalam pada itu, pesakit-pesakit di dalam ICU dilengkapi dengan alat bantuan pernafasan, wayar drip dan mesin-mesin lain.

“Kami sebagai anggota bomba tidak begitu arif dengan keadaan sebegitu. Jadi bila hendak lakukan kerja dalam keadaan yang gelap, sempit (dengan keluasan hanya 30 x 70 kaki) dan perlu mengalihkan peralatan berat, di situlah kami rasakan kesukarannya,” katanya ketika ditemui wartawan di HSA.

Menceritakan semula kejadian pagi semalam, Ibrahim berkata jabatannya menerima panggilan kecemasan melalui talian kecemasan pada pukul 8.56 pagi dan pasukan pertama sampai di tempat kejadian pada 9.05 pagi.

“Semasa kami sampai, asap sudah tebal dan kami lihat sebahagian kakitangan hospital telah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengosongkan bangunan.

“Jadi kita masuk ke tempat kejadian sedikit demi sedikit sebab guna lampu suluh yang cahayanya tidak dapat menembusi sebab asap terlalu tebal,” kata Ibrahim yang juga Ketua Balai Bomba Johor Bahru.

Ibrahim yang telah berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selama 32 tahun berkata pada peringkat awal, permulaan operasi hanya 16 anggota sebelum dibantu pasukan dari Balai Bomba Johor Jaya, Tebrau dan Iskandar Puteri.

Operasi memadam kebakaran dan menyelamat di HSA semalam melibatkan 10 jentera bomba dengan lebih 160 anggota penyelamat dari pelbagai agensi.

Ibrahim berkata pada masa ini, pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat dianggotai oleh anggota forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dan dibantu anggota forensik dari ibu pejabat bomba di Putrajaya.

Laporan lengkap siasatan kebakaran di HSA hanya akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu selepas kejadian, katanya. – BERNAMA

Tags: BombaHospital Sultanah Aminah (HSA)kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd