• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arnab Lumba Lari Dengan Kura-Kura, Pemenangnya….

oleh
19/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Ini mungkin kisah lama yang biasa kita dengar semasa kecil, tentang seekor kura-kura dan arnab berlumba lari, namun kali ini ia terbukti bukan sekadar cerita dongeng.

Nampaknya kura-kura, meskipun diketahui sejak zaman dahulu lagi memang bergerak jauh lebih perlahan berbanding arnab, tetap akhirnya ia juga yang memenangi cabaran perlumbaan sengit tersebut.

Sekurang-kurangnya, itulah yang berlaku dalam satu perlumbaan antara seekor arnab dengan kura-kura yang dianjurkan oleh Nick Sina dan dirakam serta dimuat naik ke laman YouTube, lapor portal berita Metro.

Visual pertandingan itu dilaporkan dirakam di Thailand namun tidak pula dijelaskan bilakah dan di manakah acara perlumbaan tersebut berlangsung tetapi ia menerima banyak respons daripada netizen di seluruh dunia!

Seperti yang dapat disaksikan, si arnab mula melompat ke depan mendahului kura-kura pada awal perlumbaan, namun hampir di garisan penamat arnab itu tiba-tiba berhenti sambil meninjau-ninjau persekitarannya.

Dalam pada itu, kura-kura terus bergerak perlahan secara konsisten waima tuan punya arnab tersebut dapat dilihat cuba mengarahkan haiwan peliharaannya supaya segera mara ke garisan penamat tetapi tidak berjaya.

Dan pada akhirnya, si kura-kura itu disahkan secara rasmi dan muktamad sebagai pemenang perlumbaan tersebut. Ayuh kita saksikan rakaman penuh video berkenaan:

Tags: arnabkura-kura
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

DAP Patut Keluar Kerajaan Pusat Juga Sebab Anggap ‘KPT Lembap Macam Kura-Kura’

DAP Patut Keluar Kerajaan Pusat Juga Sebab Anggap ‘KPT Lembap Macam Kura-Kura’

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan tindakan DAP keluar daripada Kerajaan Melaka sebagai langkah yang...

Kura-Kura Zizan Pakai ‘Baju’ Gucci

14/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon Zizan Razak tampil berkongsi foto seekor kura-kura yang pernah diselamatkannya sebelum ini. Menerusi Instagramnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd