• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Kagum Malaysia Bendung Keganasan

oleh AK-47
13/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi kagum dengan langkah dan kaedah yang digunakan Malaysia dalam menangani aktiviti keganasan yang dicetuskan pelbagai kumpulan militan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata pengiktirafan itu diperoleh setelah prosedur operasi standard (SOP), yang dilaksanakan pasukan keselamatan Malaysia dalam membendung kumpulan militan sejak zaman komunis pada 1948, dibukukan dalam bahasa Arab dan diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi.

“Kedua-dua negara bersetuju bahawa masalah keganasan yang mencetuskan imej tidak baik terhadap Islam oleh bukan Islam atau Islamophobia perlu ditangani secara bersama,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau memberitahu demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammad Bin Naif Abdulaziz Al-Saud, yang juga rakan sejawatan dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi.

Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Arab Saudi bermula Rabu.

Ahmad Zahid berkata justeru itu, Malaysia akan terus mengadakan program deradikalisasi dalam usaha memerangi keganasan serta proses pemulihan terhadap golongan ekstremis.

“Kami turut bertukar pengalaman dalam program deradikalisasi untuk memastikan mereka (tahanan) kembali menjalani kehidupan normal bersama keluarga dan masyarakat,” katanya.

Menurutnya Malaysia juga berkongsi pengalaman dalam menangani dan memulihkan pengganas komunis selain kejayaan membendung kegiatan militan termasuk Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Jemaah Islamiah, Al-Qaeda serta Daesh.

Ahmad Zahid berkata beliau dan Putera Mahkota Mohammad turut membincangkan mengenai masalah pekerja asing tanpa izin (PATI) serta pelarian Syria dan etnik Rohinya.

Timbalan perdana menteri berkata beliau diberitahu pelarian Syria di Arab Saudi diberi layanan yang baik termasuk diberikan pekerjaan, selain anak-anak mereka dibenarkan bersekolah serta menikmati kemudahan kesihatan. – BERNAMA

Tags: Arab Saudikeganasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd