• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan Vietnam ditahan dalam Ops Perkasa Timur selepas cuba menyogok pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritm Malaysia (APMM) dengan wang RM10,000 dan 11.5 juta Dong (RM276), Selasa lepas.

Nelayan berkenaan bersama tujuh nelayan lain termasuk seorang tekong sebelum itu ditahan ketika sedang melakukan aktiviti tunda ganding pada pukul 6.09 petang di kedudukan kira-kira 50 batu nautika dari Kemaman, Terengganu.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee dalam kenyataan hari ini berkata, selain cubaan memberi rasuah, dua daripada nelayan tersebut turut tidak mempunyai permit menangkap ikan yang sah, permit awak-awak yang meragukan serta gagal mempamerkan lesen yang sah.

“Kesemua nelayan warga Vietnam itu berumur antara 19 dan 42 tahun. Hasil pemeriksaan di bot mereka juga mendapati terdapat sejumlah ikan yang dianggarkan 10 tan metrik, ikan baja empat tan metrik dan sotong kering kira-kira 250 kilogram,” katanya.

Menurut Mamu, bot tersebut telah ditahan dan dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut.

“Kesemua mereka akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 manakala nelayan yang cuba memberi rasuah akan disiasat di bawah Akta SPRM kerana cuba menyogok wang kepada pegawai APMM dengan tujuan untuk melepaskan diri daripada ditahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMNelayanrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd