• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anugerah Khas Maal Hijrah Kepada Allahyarham Haron Din

oleh AK-47
02/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Anugerah Khas Maal Hijrah manakala bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah kebangsaan pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H hari ini.

Allahyarham Haron dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah kali ini atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan hadiah berbentuk wang tunai RM100,000 dan sijil penghargaan kepada anak sulung allahyarham, Dr Huda Haron, pada majlis sambutan di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Allahyarham Haron, 76, meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 16 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Tuanku Abdul Halim juga menyampaikan hadiah berbentuk wang tunai RM100,000, medal dan sijil penghargaan kepada Ahmad Fairuz.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat pada majlis yang bertemakan ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’.

Turut hadir menyaksikan penyampaian anugerah ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Fairuz ketika ditemui pemberita berkata beliau mahu melihat lebih banyak undang-undang negara yang tidak selaras dengan Islam disesuaikan dengan ajaran Islam dari semasa ke semasa.

Beliau berkata antara undang-undang yang boleh diselaraskan dengan ajaran Islam ialah undang-undang komersial dan undang-undang perniagaan.

“Malaysia sudah berjaya dengan perbankan Islam di mana hampir 70 peratus pelanggannya merupakan mereka yang bukan Islam.

“Apabila Malaysia berjaya memperkenalkan perbankan Islam, Malaysia turut kembangkan syiar Islam,” katanya lagi.

Sementara itu Dr Huda ketika ditemui pemberita menyifatkan anugerah berkenaan amat bermakna bagi keluarganya.

“Selain bermakna bagi keluarga kami, anugerah ini juga cukup bermakna bagi kesemua anak murid Allahyarham yang pernah menimba ilmu daripada ayahanda saya selama ini. Oleh itu saya berterima kasih kepada kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Haron DinMaal Hijrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Jawi Anjur Sambutan Maal Hijrah 2 Ogos Ini

Jawi Anjur Sambutan Maal Hijrah 2 Ogos Ini

28/07/2022
0

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menganjurkan Majlis Sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd