Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Rugi RM50,000, Che Ta...

TERDAHULU, kita dikejutkan mengenai pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang jadi...

Tak Beri Seat Bas,...

SEBUAH video memaparkan seorang remaja perempuan di China berkeras tidak mahu memberikan tempat...

Wanita Gemuk Kini Berjaya...

AKHIRNYA, selepas bertahun-tahun berada dalam kegemukan, seorang wanita yang pernah memiliki berat badan...

Tragedi Budak 7 Tahun...

SEORANG kakak tidak menyangka adik yang dibawanya bersama untuk mengerjakan solat terawih maut selepas...

Anggota Tentera & Adik Maut Dalam Kemalangan

SARIKEI – Seorang anggota tentera dan adik perempuannya maut apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori kargo di simpang Jalan Kim San dekat sini malam tadi.

Mangsa Azrul Azzahar Tahir, 24, beralamat di Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.28 malam mendapati anggota itu dan adiknya Zulaikha, 13, tersepit di tempat duduk masing-masing dan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sarikei, DSP Mat Jusoh Muhammad berkata mereka dipercayai dalam perjalanan dari Sibu menuju Spaoh.


“Mangsa yang memandu Proton Saga dilapor cuba memotong sebuah treler di hadapannya tetapi gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sarikei. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori