• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesaan Ikuti Latihan Kampus Maktab Koperasi Malaysia

oleh Ahmad Albab
06/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Anggota koperasi digesa mengikuti latihan secara sukarela di enam kampus Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bagi manambah ilmu dan memahami perjalanan pentadbiran berkaitan koperasi yang semakin mencabar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata setakat ini, kursus yang disediakan MKM hanya wajib diikuti anggota lembaga koperasi supaya tindakan yang dilakukan adalah mengikut undang-undang.

“Jika tidak mempunyai pengetahuan, kita hanya akan menjadi anggota yang menunggu dividen semata-mata. Dalam mesyuarat yang diadakan, hanya sebilangan sahaja yang akan faham apa yang dibincangkan.

“Sebab itu kita mahu semua mempunyai ilmu supaya mereka boleh membuat penilaian seperti pengurusan risiko, apa itu tadbir urus baik, sekaligus menjadikan mesyuarat sebagai medan untuk mereka maju ke hadapan,” katanya.

Hamzah berkata demikian semasa merasmikan kampus MKM Zon Timur di Indera Mahkota di sini hari ini, yang dihadiri Ketua Pengarah MKM Profesor Madya Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Hamzah berkata adalah penting kepada hampir tujuh juta anggota koperasi mempunyai pengetahuan berkaitan koperasi memandangkan konsep dan matlamat koperasi ditentukan oleh kerjasama dan persefahaman anggota, bukannya secara individu.

“Penglibatan koperasi juga banyak meneroka sektor baharu bidang keberhasilan bagi menjana pendapatan seperti pelancongan, perladangan, kredit, peruncitan dan hartanah.

“Perkembangan ini memerlukan kaedah pelaksanaan serta pengurusan koperasi yang lebih kompeten dan terancang,” katanya.

Mengulas mengenai kursus yang ditawarkan MKM, Hamzah berkata kursus yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang dan mengambil masa antara tiga bulan, enam bulan malah sehingga ke peringkat diploma.

Katanya kewujudan kampus MKM di lokasi berbeza juga membolehkan peserta kursus mendapat pengetahuan sebenar dan latihan praktikal berkaitan bidang diceburi seperti perladangan dan bukan hanya bergantung kepada teori dalam kelas.

Mengulas mengenai kewujudan kampus MKM Zon Timur, Hamzah berkata kampus itu akan menjadi pusat pendidikan dan latihan koperasi yang penting memandangkan masih ramai anggota koperasi di Pantai Timur yang belum mengikuti kursus.

Bagaimanapun, kesedaran mengikuti kursus semakin meningkat dengan penyertaan seramai 2,959 orang melibatkan 63 program pada tahun ini, manakala data pada tahun 2015, menunjukkan jumlah koperasi berdaftar di Pantai Timur sebanyak 2,435 buah. – BERNAMA

Tags: Hamzah Zainuddinkoperasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

03/12/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd