• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang: Kedah, Selangor Catat Peningkatan Mangsa

oleh
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selangor dan Kedah mencatatkan peningkatan mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar, sementara Perak dan Negeri Sembilan masing-masing tiada mangsa yang dipindahkan setakat pagi ini.

Di SELANGOR, jumlah penduduk yang dipindahkan ke lima pusat pemindahan bertambah kepada 386 orang setakat 9 pagi berbanding 380 orang malam tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Selangor, penambahan mangsa melibatkan penduduk dari Kampung Batu 5, Kapar, Klang yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali iaitu seramai 60 orang berbanding 54 orang malam tadi.

Mangsa banjir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan lain kekal iaitu dari Kampung Tok Muda, Kapar (236 orang), Sekinchan (dua orang) dan penduduk sekitar Sungai Air Tawar (88 orang).

Empat pusat pemindahan itu ialah Dewan Serbaguna, Kampung Tok Muda, Kapar, dan Dewan Sungai Air Tawar, Dewan Parit Baru serta Dewan Seri Sekinchan di Sabak Bernam.

Di KEDAH, seramai 85 mangsa dari 24 keluarga di beberapa kampung di Kota Kuala Muda mula dipindahkan ke empat pusat pemindahan malam tadi.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Lt. Muda Pertahanan Awam, Azahar Ahmad berkata, tiga pusat pemindahan yang dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kuala, Dewan Kampung Paya, Dewan Masjid Haji Yusof Bukit Kecil dan rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Meriam dibuka tengah malam.

Manakala di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lt Kolonel Kamal Mokhtar berkata tiada pusat pemindahan dibuka akibat fenomena itu.

Namun, sebanyak 15 kampung di sekitar Port Dickson dijangka akan terjejas sekiranya berlaku air pasang besar yang disertai hujan lebat dan angin kencang.

Antaranya adalah Kampung Sungai Raya di Pasir Panjang, Kampung Si Rusa Dalam, Kampung Telok Pelandok di Si Rusa, Kampung Air Meleleh, Kampung Paya dan Taman Sri Tarjing.

Di PERAK, tinjauan mendapati keadaan terkawal walaupun air pasang naik secara berperingkat mulai pukul 1.30 pagi dan hujan renyai melanda kawasan berkenaan sejak pukul 12 tengah malam.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Manjung, M. Sasitharan berkata paras air di Sungai Panchor mencatatkan bacaan 3.4 meter dari paras laut setakat pukul 4.45 pagi.

“Malah kalau diikutkan ramalan Jabatan Laut Malaysia, air pasang paling tinggi pada malam ini sepanjang tempoh 14 Oktober sehingga 18 Oktober, namun masih terkawal,” katanya. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd