• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Besar: Penduduk Kota Kuala Muda Bersiap Sedia

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Penduduk di sepanjang pesisir pantai Kota Kuala Muda, Kedah sudah membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku fenomena kedua air pasang besar yang dijangka bermula hari ini.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan perkampungan mendapati penduduk sibuk mengalihkan peralatan elektrik, perabut dan barangan rumah mereka yang lain ke tempat selamat.

Seorang penduduk Kampung Padang Salim, Saiful Bahari Ahmad, 31, berkata selepas dilanda banjir akibat air pasang besar bulan lalu, kali ini dia mengambil keputusan untuk membuat persiapan lebih awal.

“Sesetengah perabut dan perkakas rumah sudah diangkat ke tempat lebih tinggi. manakala yang selebihnya akan diangkat beransur-ansur sebelum air dijangka mulai pasang esok.

“Kira-kira pukul 11.30 malam tadi air sudah mulai pasang, tetapi tidak tinggi dan tidak mencecah rumah kami. Kemungkinan mulai malam ini air akan naik lebih tinggi dan keadaan mungkin lebih teruk jika angin turut kencang,” katanya.

Hassan Zahari, 43, pula berkata dia dan keluarganya juga sudah membuat persiapan awal bagi mengelak perabut, barangan elektrik dan barang lain daripada ditenggelami air.

“Jika bulan lepas air naik sdecara mengejut dan tidak ramai yang bersedia, namun kali ini kami mula membuat persediaan awal bagi mengelak perkara buruk daripada berulang,” katanya.

Seorang nelayan Ahmad Kamis, 63, berkata pada bulan lalu, lebih 20 buah rumah di pesisir pantai di kampung terbabit terjejas akibat fenomena air pasang besar.

“Saya sudah lebih 40 tahun menjadi nelayan pantai, namun berikutan keadaan cuaca tidak menentu, saya tidak dapat turun ke laut sejak dua bulan lalu kerana bimbang bot kecil akan dilambung ombak besar. Rakan-rakan nelayan lain juga tidak berani turun ke laut.

“Bulan lepas ada sebuah bot yang rosak akibat dipukul ombak dan kali ini semua nelayan bertindak lebih awal untuk mengalihkan bot masing-masing ke tempat lebih selamat,” katanya.

Ahmad berkata terdapat hampir 60 buah bot nelayan di kawasan berhampiran bangsal nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kampung Padang Salim dan sebahagian besar daripadanya sudah dialihkan ke tempat selamat.

Di Kampung Sungai Yu, penduduk turut berada dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya air mulai pasang malam ini, namun tinjauan pada 2 petang tadi mendapati penduduk masih melakukan aktiviti harian seperti biasa dan terdapat juga penduduk yang mengambil peluang memancing ikan.

Yuzaili Yusuf, 44, berkata memandangkan air belum lagi pasang tinggi, masanya yang terluang diisi dengan memancing ikan air masin.

“Air memang sudah tinggi dari biasa, sebab itu saya ambil kesempatan memancing ikan, mana tahu kalau ada rezeki,” katanya.

Bagi Mohd Khir Said, 65, peluang memancing sewaktu air pasang sememangnya ditunggu-tunggu dan dia berjaya menangkap beberapa ekor ikan walau baru sejam memancing.

Pada bulan lepas, tujuh buah kampung di Kuala Muda termasuk Kampung Masjid, Kampung Ujung Matang, Kampung Padang Salim, Kampung Paya, Kampung Sungai Yu, Kampung Sungai Meriam dan Kampung Baru Pulau Sayak serta Kampung Sungai Pial di Tanjung Dawai terjejas akibat fenomena air pasang besar. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Brunei Izin Kelas Tarian Zumba Campur Lelaki, Wanita

Next Post

UMNO Kelantan Perjelas Isu Semasa Kepada Belia

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

Next Post

UMNO Kelantan Perjelas Isu Semasa Kepada Belia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd