• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Acara Larian, Maraton Berpotensi Jadi Produk Pelancongan

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata acara larian dan maraton yang diadakan di negara ini berpontensi dijadikan sebagai produk pelancongan bukan sahaja untuk menarik pelancong domestik malah dari luar negara.

Najib berkata acara seperti itu juga bukan sahaja mampu menyemarakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat, tetapi juga dapat merangsang pertumbuhan ekonomi setempat apabila peserta yang menyertai acara itu berbelanja di negara ini.

“Lazimnya apabila kita berkata tentang pelancongan, kita sering mengaitkannya dengan pelancong luar negara, tetapi sebenarnya pelancongan domestik juga boleh merangsang penduduk setempat.

“Contohnya apabila larian diadakan di Pekan, orang tempatan kita dari luar datang berbelanja di sini, sama juga faedahnya apabila pelancong asing datang berbelanja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian hadiah Uda Pekan Bridge Run 2016 di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Uda Holdings Berhad Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan Uda Holdings Datuk Ahmad Abu Bakar.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata di sesetengah tempat, acara larian atau maraton turut dijadikan sebagai medium untuk mengutip dana bagi aktiviti kebajikan.

Dalam konteks di Pekan sendiri, katanya, acara larian itu secara tidak langsung telah mempopularkan lagi Pekan sebagai destinasi pelancongan di negara ini.

Beliau dalam masa yang sama turut berjanji akan memperbanyak dan menambah baik lagi produk-produk pelancongan di Pekan termasuk dengan memberikan peruntukan tambahan kepada Muzium Sultan Abu Bakar.

Uda Pekan Bridge Run 2016 julung kali diadakan dengan mempertandingkan tiga kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Lelaki Antarabangsa dan Terbuka Wanita dengan larian sejauh lapan kilometer, selain kategori ‘Fun Run’ sejauh tiga kilometer.

Program larian ini disertai 1,500 peserta dari seluruh negara dengan menawarkan hadiah sebanyak RM1,000 untuk pemenang tempat pertama, tempat kedua RM800, tempat ketiga RM700 diikuti hadiah iringan seperti pingat dan sijil penyertaan. – BERNAMA

Tags: larianmarathonNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd