• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Bulan Tiada Single Baharu, Najwa Sibuk Dengan Kuliah

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Najwa Latif memberitahu mengambil masa hampir sembilan bulan untuk melancarkan single terbaharunya yang berjudul Biar kerana sibuk dengan pengajiannya di Universiti Antarabangsa UNITAR di sini.

Najwa, 21, bagaimanapun berkata, sepanjang tempoh itu dia tidak berdiam diri sebaliknya tetap menyusun langkah dalam bidang seni dengan caranya tersendiri.

“Jadual kuliah yang agak padat menyebabkan masa agak kurang untuk menghasilkan lagu baharu dan baharu sekarang dapat melancarkan Biar.

“Bagaimanapun tempoh itu juga saya gunakan untuk menyusun strategi dan langkah seterusnya dalam bidang seni,” katanya.

Najwa yang kini berada di tahun akhir dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Biar adalah single ke-12 penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Muka Buku itu dan ia adalah hasil ciptaannya sendiri dan lirik oleh Ika Latif.

Dalam pada itu, Najwa berkata, dia tidak mensasarkan harapan tinggi untuk lagu terbaharunya itu namun berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada peminat.

Katanya, Biar adalah sebuah lagu yang disiafkan sebagai moden dan segar selari dengan muzik arus perdana namun masih mempunyai unsur cinta dalam lirik.

“Saya mahukan sebuah lagu yang santai selain melodi berbaur pop dan ‘cathcy’ tetapi masih dapat memberi gambaran terhadap kematangan selari dengan peningkatan usia saya.

“Bagaimanapun liriknya masih dekat dengan pendengar iaitu cinta yang sesuai untuk semua selain menyelit mesej tertentu di dalamnya,” katanya. – mStar Online

Tags: Najwa Latifpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd