Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Ribuan Warga Parit Teruja...

GENAP dua minggu lalu, penduduk Parit teruja apabila lebih 4,000 tetamu dari seluruh...

Pembukaan Pusat Sehenti Visa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan pembukaan sebuah pusat pemprosesan visa di Xiamen di...

AirAsia Jepun Lancar Laluan...

KUALA LUMPUR - AirAsia Jepun, anak syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia akan...

NZ Anjur Hari Peringatan...

CHRISTCHURCH – New Zealand hari ini mengadakan Hari Peringatan Negara khas buat mangsa...

6 Kanak-kanak Disahkan Positif Rotavirus Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini mengesahkan enam kes positif jangkitan Rotavirus membabitkan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr M. Sukumar berkata kesemua kanak-kanak yang dilaporkan positif virus tersebut adalah di antara umur satu hingga lapan tahun.

“Tiga kes telah dilaporkan di Hospital Bukit Mertajam, dua kes di Hospital Balik Pulau dan satu kes di Hospital swasta dari tarikh 27 hingga 30 Sept,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa dimasukkan ke hospital selepas mempunyai simptom seperti muntah-muntah dan cirit-birit.


Namun, Sukumar yang sedang berada di luar negeri berkata kesemua mangsa kini dalam keadaan stabil dan sedang dirawat oleh doktor.

Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus dan sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah dengan gejala seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori