• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Saksi Dipanggil Beri Keterangan Kes Belon Meletup

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Polis Terengganu selesai merekodkan keterangan lima saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian belon meletup yang berlaku di Dataran Batu Burok Jumaat lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata empat daripada lima saksi tersebut adalah individu yang melihat kejadian dan seorang lagi merupakan ketua penganjur program.

“Kita juga akan memanggil dan merekodkan percakapan daripada ahli jawatankuasa program termasuklah pembekal syarikat yang membekalkan belon pada program tersebut.

“Kita akan rekod percakapan untuk melihat sama ada pihak pembekal telah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh penganjur dan kita juga akan siasat sama ada berlaku kecuaian atau tidak daripada pihak penganjur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai Pelupusan Barang Kes Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu di Lapang Sasar Lembah Bidong di sini hari ini.

Susulan daripada kejadian tersebut, Rosli berkata: “Saya cadangkan penganjur program dan majlis yang mahu menggunakan belon supaya merujuk kepada pihak polis terlebih dahulu agar pihak polis bahagian persenjataan atau unit pemusnah bom boleh menasihati mereka dan memberitahu apa langkah dan tindakan keselamatan yang boleh diambil.”

“Untuk penganjuran majlis ini kami tidak dirujuk berhubung perkara ini dan sebelum ini juga kami tidak pernah dirujuk berkaitan penggunaan belon…jadi selepas ini mungkin penganjur boleh merujuk pihak kami terlebih dahulu sebab kita tak nak kejadian seumpama ini berulang lagi,” katanya.

Rosli berkata sehingga kini pihaknya telah menerima satu laporan kes berhubung kejadian tersebut daripada pihak penganjur.

Dalam kejadian pada majlis sambutan Hari Penglihatan Sedunia anjuran Jabatan Kesihatan Jumaat lalu, sebanyak 150 belon yang hendak dibahagi kepada kanak-kanak selepas majlis berkenaan meletup menyebabkan tujuh mangsa dimasukkan ke wad manakala 24 lagi mangsa diberi rawatan sebagai pesakit luar.

Bagaimanapun semalam, tiga daripada 24 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar, telah datang semula membuat pemeriksaan dan dimasukkan ke wad menjadikan 10 orang yang masih menerima rawatan. – BERNAMA

Tags: kes belon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd