• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya Di Jelebu & Jempol

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Empat maut dalam dua nahas jalan raya berasingan di Kuala Klawang dan Jempol di sini, manakala tujuh yang lain cedera.

Di Kuala Klawang, angka korban nahas meningkat kepada dua daripada seorang pada 5.20 petang semalam, manakala tujuh yang cedera dalam nahas jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di KM23 Jalan Seremban-Simpang Pertang, di sini, masih menerima rawatan lanjut di Hospital Jelebu dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Othman Basri berkata mangsa pertama, Nur Rizqi Aaliya Mohamad Hakim, 10 bulan yang menaiki Perodua Bezza maut ditempat kejadian manakala Halimah Ludin, 64, yang menaiki Proton Saga FLX meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Jelebu.

“Siasatan awal kejadian mendapati kenderaan jenis Proton Saga FLX yang membawa empat penumpang dipandu Mohd Azrulnizam Azhari, 31, dari arah Seremban menghala ke Kuala Klawang cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun gagal.

Kenderaan itu seterusnya memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan jenis Perodua Bezza yang dipandu Mohamad Hakim Mohd Maddin, 28, yang turut membawa empat penumpang. Urusan bedah siasat dijangka akan dijalankan hari ini di Unit Forensik Hospital Jelebu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, di Jempol, sepasang suami isteri maut selepas kenderaan Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain di Felda Palong 4 semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pada pukul 3.35 petang itu, kereta yang dipandu Koperal Zahepul Bahari Nasir, 33, bersama isteri Rohaninya Rosli, 31, hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik dan kemudiannya melanggar lereng bukit yang terdapat di bahu jalan berkenaan.

“Anggota tentera itu dan isteri mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

Kedua-dua kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd