• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,000 Baju Merah Tawan Gurney Drive Desak LGE Undur

oleh
03/10/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketika puluhan aktivis Bersih 5 berarak lesu buat kecoh di Teluk Intan, Perak, pada masa sama lebih 3,000 peserta Baju Merah berhimpun aman di Pulau Pinang petang Sabtu.

Perhimpunan jalanan terbesar di negeri berkenaan anjuran Pemuda UMNO Pulau Pinang dilakukan untuk mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal rasuah supaya segera meletak jawatan.

Ia turut diadakan bagi menyatakan sokongan secara terbuka kepada kepimpinan UMNO negeri dan Barisan Nasional Pulau Pinang yang membuat tuntutan supaya pemimpin DAP itu melepaskan jawatan disandangnya.

Ribuan peserta kelihatan berbaju merah dan menunggang motosikal sebelum berkumpul dalam program yang dinamakan sebagai Himpunan Bangkit Pulau Pinang 2016 di Bulatan Persiaran Gurney sejak jam 2 petang.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata, ia turut bertujuan menggesa polis tidak memberi permit kepada himpunan haram Bersih yang dijangka diadakan di Pulau Pinang pada 19 November nanti.

PENANG 01 OCTOBER 2016. Sebahagian penyokong Pemuda Umno dan Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan Bangkit Pulau Pinang 2016 "Ride Against Corruption"di Persiaran Gurney, Georgetown. NSTP/MIKAIL ONG
NSTP

“Hari ini kita berhimpun di sini untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa jika Bersih diadakan di sini, ramai peniaga terganggu dan aktiviti orang awam terjejas. Ini baru 3,000 orang, kita dah nampak ia ganggu orang ramai.

“Oleh itu, kita tentang habis-habisan perhimpunan Bersih di Pulau Pinang. Selain itu, kita juga gesa Guan Eng undur kerana kes rasuahnya yang sudah dibawa ke mahkamah,” katanya ketika berucap semasa himpunan tersebut.

Untuk rekod, Guan Eng didakwa di mahkamah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn dengan tawaran harga lebih murah daripada pasaran.

Mengikut pertuduhan kes, Guan Eng juga didakwa sebagai penjawat awam menyalahgunakan kuasa Ketua Menteri berhubung pengezonan semula tanah lot kepada Magnificient Emblem Sdn. Bhd. pada 18 Julai 2014.

Walaupun didesak berkali-kali untuk letak jawatan atau bercuti demi kepentingan rakyat terutama puluhan saksi kes tersebut, namun Guan Eng masih enggan berbuat demikian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BERSIH 5Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd