• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Sekeluarga Didakwa Dagang 2 Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga sekeluarga warganegara Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua kanak-kanak senegaranya, bulan lepas.

Yunus Bai, 49; dan isterinya, Juma Bi, 43; dan anak perempuan mereka, Sufia, 16; mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Pasangan suami isteri yang tidak bekerja itu dan anak mereka didakwa bersama-sama telah memperdagangkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun bagi maksud eksploitasi di Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang, di sini pada 1 pagi, 26 Sept lepas.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa bersama-sama telah memperdagangkan seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun bagi maksud eksploitasi di tempat, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Shamsiah Noor Zakaria tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan ketiga-tiga tertuduh adalah warganegara asing.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan menetapkan 9 Nov untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.