• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pemandu Didenda Salah Guna Lorong Kecemasan

oleh Ahmad Albab
13/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Tiga pemandu yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di daerah ini semasa Op Hari Raya lepas, didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Tan Chai Wei menjatuhkan hukuman denda RM1,500 kepada Noraine Ahamad, 59, dan RM1,000 masing-masing kepada Norhafizah Abdul Majid, 36, serta Chan Hua Wei, 29, selepas mereka mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, Noraine dari Melaka yang memandu kenderaan pelbagai guna, didakwa memandu dan memotong di lorong kecemasan di KM 232 PLUS arah utara pada pukul 11.35 pagi 30 Jun lepas.

Chan dari Perak pula didakwa melakukan kesalahan sama di KM 227.4 PLUS arah utara kira-kira pukul 1.45 petang 10 Julai lepas manakala Norhafizah yang beralamat di Bahau dekat sini juga didakwa melakukan perbuatan itu di KM 225 arah selatan pada 16 Julai lalu kira-kira pukul 3.21 petang.

Mereka dituduh melakukan kesalahan tersebut semasa Op Hari Raya yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) antara 30 Jun hingga 16 Julai lalu.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1959 yang memperuntukkan denda hingga RM2,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan kes dilakukan Pegawai Pendakwa JPJ Mazlan Mohmad Shah manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Selain itu, JPJ turut mengeluarkan waran tangkap terhadap lima pemandu yang gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan itu dan pertuduhan terhadap mereka dijangka akan dibuat pada 4 Jan depan. – BERNAMA

Tags: denda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd