Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Lebih 18,000 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Satu kajian mendapati 18,336 rakyat negara ini termasuk seawal usia...

Wanita Temui Telur Ayam...

MELBOURNE, Australia – Seorang wanita dari negeri Victoria, Australia menemui sebiji telur yang...

PAS Tetap Ajak BERSATU,...

KUALA LUMPUR : PAS tetap akan berusaha menjayakan kerjasama tiga penjuru di antara...

PN Capai Kata Sepakat...

KUALA LUMPUR - Parti komponen Perikatan Nasional (PN) telah mencapai kata sepakat untuk...

256 Samseng Jalanan Ditahan

GEORGE TOWN – Seramai 256 ‘mat rempit’ ditahan polis dalam operasi membanteras samseng jalanan di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata operasi yang bermula dari pukul 12 tengah malam dan berakhir 5 pagi itu berjaya menahan mereka termasuk enam yang cuba melarikan diri dengan menyeberangi pembahagi jalan dan menunggang melawan arus.

“Polis mengagalkan percubaan mereka untuk meloloskan diri, namun dalam proses menahan dua daripada mereka telah berlaku kemalangan apabila mereka bertembung sesama sendiri,” katanya di sini hari ini.

Dalam operasi itu sebanyak 101 kesalahan telah dikesan dilakukan mereka yang ditahan antaranya gagal mengemukakan lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita turut mengeluarkan sebanyak 81 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita 12 motosikal yang telah diubah suai,” katanya.


Seramai 43 anggota polis terlibat dalam operasi tersebut yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jalan Bukit Gambir, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Sungai Dua, Pekaka, Lip Sin, Jalan Masjid Negeri, Bulatan Gelugor, Padang Kota Lama dan kawasan pusat bandar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori