• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,000 Sertai Doa Sejahtera Malaysia Rai Seabad Japen

oleh
01/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira 2,000 orang menyertai Majlis Doa Selamat dan Kesejahteraan Negara Malaysia bersempena Seabad Jabatan Penerangan (Japen) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam.

Majlis yang dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr. Salleh Said Keruak dimulakan dengan solat Maghrib diikuti dengan zikir munajat Asmaul Husna, solat Isyak, solat hajat dan doa untuk kesejahteraan negara.

Ketua Pengarah Japen, Ibrahim Abdul Rahman dalam ucapannya berkata majlis itu adalah program pembuka tirai kepada aktiviti-aktiviti sambutan Seabad Jabatan Penerangan yang bermula 1 Oktober bagi meraikan penubuhannya sejak 1910.

“Konsep Perayaan Seabad Japen adalah berteraskan pengukuhan jentera komunikasi kerajaan secara profesional dan berwibawa dalam meneruskan kecemerlangan negara dalam pelbagai dimensi.

“Merakyatkan keberadaan Japen dengan penglibatan masyarakat pelbagai kaum dan membudayakan pembangunan kandungan kreatif dan teknologi digital dalam kalangan warga Japen,” katanya.

Ibrahim berkata pelbagai aktiviti diatur selama setahun bagi sambutan itu bermula Oktober ini hingga Oktober 2017 berlandaskan elemen komunikasi bersemuka dan digital.

Menyingkap kembali sejarah Japen, katanya pada zaman penjajahan British, ia diwujudkan bagi menjaga kepentingan British dengan membuat aktiviti promosi dan penerbitan terhadap kepentingan perdagangan kerajaan British di Tanah Melayu.

Menurutnya jabatan itu melalui pelbagai fasa dalam menjalankan peranannya untuk menyatupadukan minda rakyat berbilang bangsa sejak zaman penjajah, darurat, selepas merdeka dan sehingga kini.

“Kini kita berhadapan dengan cabaran baharu bagaimana untuk terus menyuntik semangat dan keyakinan rakyat agar memberikan kepercayaan kepada dasar-dasar negara yang dilaksanakan demi mempertahankan demokrasi negara, pembangunan ekonomi yang mampan dan kemakmuran negara boleh terus dinikmati oleh semua golongan rakyat secara berterusan,” katanya.

Ibrahim berkata bagi mengatasi cabatan itu, Japen mengubah cara bekerja dan bergerak seiring dengan perkembangan menggunakan teknologi komunikasi tanpa melupakan cara komunikasi bersemuka dalam memasarkan maklumat kepada rakyat. – BERNAMA/HAA

Tags: Jabatan PeneranganJapen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Diesel Malaysia, Minyak Swasta Disimpan Sementara Di Malaysia

Bukan Diesel Malaysia, Minyak Swasta Disimpan Sementara Di Malaysia

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Penerangan Malaysia menafikan dakwaan diesel dari Malaysia dieksport ke Filipina. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, urusan jual...

JAPEN Sasar 6,000 Mahasiswa Sertai Program “Apa Kata Anak Malaysia”

13/09/2018
0

KOTA BHARU - Jabatan Penerangan (Japen) menjangkakan "Program Apa Kata Anak Malaysia" yang diadakan tahun ini mampu mengumpulkan kira-kira 6,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd