• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Maut Kereta Terbabas Di Slim River

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua rakan maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 105, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Jambatan Sungai Slim, Slim River hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 6.40 pagi itu, Muhammad Hafizi Disa, 25, dan Muhammad Syafie Abdul Latif, 25, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt. Wan Jamil Wan Chik berkata kemalangan itu turut mengakibatkan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Salmah Sabil, 55, cedera parah dan tiga yang lain cedera ringan.

2 Rakan Maut Kereta Terbabas Di Slim River
Mereka ialah pemandu Nissan Sylphy yang dikenali sebagai Lim Tho, 74, serta dua penumpang Perodua Axia, Nursyaqinah Abd Latiff, 15 dan Norhamizah Hakim, 24.

Wan Jamil berkata kejadian berlaku apabila kereta Perodua Axia, yang dipandu Muhammad Hafizi dari Tanjung Malim ke Slim River, hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Sebuah kereta Nissan Sylphy cuba mengelak Axia itu lalu melanggar pokok di tepi jalan manakala kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Inova yang dipandu Salmah melanggar Axia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata mayat dua rakan itu dibawa ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat manakala mereka yang cedera juga dirawat di hospital sama. – BERNAMA

Tags: kemalangankemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd