• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 11 Selamat Bot Terbalik Di Tanjung Dawai

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Dua mati lemas manakala 11 lagi ditemui selamat selepas sebuah bot yang membawa penumpang dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka, Kuala Muda di sini, terbalik.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata dalam kejadian pukul 10.38 pagi, bot yang membawa 12 penumpang serta seorang tekong itu dipercayai terbalik selepas terlanggar tali sauh sebuah bot pukat tunda.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.38 pagi dan tiba di lokasi 30 minit kemudian.

“Bot yang membawa penumpang tempatan itu terbalik selepas melanggar tali sauh bot pukat tunda. Mayat seorang lelaki dan perempuan masing-masing berumur 19 dan 34 tahun telah diserahkan kepada polis,” katanya.

Nur Hafizah berkata semua penumpang diselamatkan oleh bot penumpang lain yang berada di kawasan kejadian.

Dua daripada mereka dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, empat orang dibawa ke Pantai Merdeka manakala lima lagi ke Tanjung Dawai. – BERNAMA

Tags: bot karamKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd