Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

“Saya Tahu Akan Kena...

JUARA Idola Kecil 2009, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah atau Dayana, 21, mengakui...

Timbalan Menteri Dakwa Kopitiam...

BUKAN tak biasa kita mendengar kes-kes objek jijik ditemui dalam makanan atau minuman sebelum...

Kren Tumbang Dialihkan, Trafik...

KUALA LUMPUR - Kren yang tumbang di kawasan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu...

Adam Corrie, Tokoh Maal...

SALAM Maal Hijrah 1439 kepada seluruh umat Islam dan semoga kehadiran tahun baharu...

2 Kanak-Kanak Antara 35 Individu Ditahan Imigresen

KUANTAN – Dua kanak-kanak berumur dua dan empat tahun adalah antara 35 individu yang ditahan Jabatan Imigresen Pahang dalam Ops Ikrar sekitar Pekan dan Rompin, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pahang Mohd Norazam Abdullah berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 20 lelaki dewasa, 13 perempuan dewasa dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Katanya, kesemua mereka yang ditahan berumur antara dua hingga 55 tahun, melibatkan 24 warga Indonesia, Thailand (enam), Bangladesh (empat) dan Kemboja (seorang).

“Lapan lokasi telah diperiksa melibatkan 25 pegawai dan anggota Imigresen dalam operasi lebih 10 jam bermula 9 malam semalam.

“Lokasi yang menjadi tumpuan adalah kawasan ladang sawit, rumah kongsi pekerja kontrak dan kedai makan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959 / 63 kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan.

Siasatan awal mendapati ada individu yang ditahan telah menetap lebih daripada tiga tahun dan membuat penempatan haram dalam ladang sawit menggunakan longgokan pelepah sawit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori