• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 CCTV Di SMK Tanjong Mas Tingkat Keselamatan Pelajar

oleh AK-47
25/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini, menjadi sekolah pertama di Kelantan dipasang kamera litar tertutup (CCTV) oleh Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM).

Penasihat LKPJM, Datuk Ab Wahab Harun berkata pemasangan 16 buah CCTV bernilai RM15,000 itu bertujuan mengesan dan mencegah kes salah laku disiplin dalam kalangan pelajar.

Kelantan adalah negeri ketujuh yang dipasang CCTV oleh LKPJM selepas Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Melaka dan Perak, katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sumbangan CCTV itu di SMK Tanjong Mas, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad serta Presiden LKPJM Datuk Dr Sharuddin Awang Yahya.

Ab Wahab berkata program pemasangan CCTV di sekolah juga bagi membantu pihak berkuasa memerangi kes jenayah dan dadah.

“Inisiatif ini adalah langkah dan sokongan LKPJM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain agensi seperti polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata pemasangan dan sumbangan CCTV itu turut mendapat kerjasama serta sokongan daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kelantan.

Ab Wahab berkata projek pemasangan CCTV itu yang bermula sejak 2015, akan dikembangkan lagi ke sekolah terpilih di seluruh negara.

“Pemasangan CCTV seterusnya akan dilakukan di SMK Pokok Sena, Kedah pada bulan depan manakala di Negeri Sembilan dan Johor pada Januari tahun depan, diikuti negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata pemasangan CCTV di beberapa lokasi strategik di sekolah, didapati berkesan dalam mengurangkan kes jenayah dan vandalisme. – BERNAMA

Tags: CCTVpelajar sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd