• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Sedekah: 12 Kanak-Kanak Diselamatkan

oleh Ahmad Albab
08/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 12 kanak-kanak perempuan warga tempatan diselamatkan daripada menjadi mangsa eksploitasi sindiket untuk meminta sedekah dalam operasi di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kesemua mangsa yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun itu diselamatkan dalam Op Pintas dari pukul 11.15 malam semalam hingga 1.45 pagi tadi.

Katanya operasi itu disertai sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut Gan, semua kanak-kanak itu disyaki mangsa yang diperdagangkan mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) (Eksploitasi kanak-kanak).

“Dalam operasi ini seorang lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 40-an ditahan kerana disyaki terlibat dalam eksploitasi kanak-kanak dengan menjadikan mereka peminta sedekah, menjual ubat-ubatan herba dan kalendar Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Gan, polis turut merampas pelbagai barangan daripada suspek termasuk 376 botol ubat herba/minyak; wang tunai RM2993.80; mata wang Indonesia bernilai Rp100,000; buku catatan kutipan hasil oleh mangsa serta dua pasport.

Gan berkata kedua-dua suspek direman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 ATIPSOM yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang tiga tahun tetapi tidak lebih 20 tahun dan denda.

Sementara itu, semua mangsa ditempatkan selama 21 hari di rumah perlindungan kanak-kanak dan wanita di Rembau, Negeri Sembilan.

“Jabatan Siasatan Jenayah Perak akan terus bekerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan dalam membanteras kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran,” katanya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakpeminta sedekah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd