• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

108 Individu Dikepung Banteras Mat Rempit

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI KEMBANGAN – Seramai 108 individu diperiksa pada operasi banteras mat rempit dijalankan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang di Lebuhraya Besraya, berhampiran Plaza Minlon jam 3 pagi semalam.

Penunggang motosikal terbabit ditahan selepas polis menutup semua jalan keluar lokasi berkenaan. Pemeriksaan mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu.

Malah beberapa remaja berusia 15 dan 18 tahun yang menunggang motosikal ibu bapa masing-masing untuk merempit memberi alasan bersiar-siar di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, laluan sepanjang 1.5 kilometer di kedua-dua arah lebuh raya berkenaan menjadi lokasi tumpuan mat rempit berlumba dan melakukan aksi berbahaya.

“Lebih 200 anggota dan pegawai IPD Kajang terbabit dalam operasi ini. Secara keseluruhan, kami mengeluarkan 88 saman membabitkan pelbagai kesalahan.

“Kesalahan itu antaranya membabitkan lapan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, 10 kerana tiada cermin sisi selain 22 tiada lesen memandu,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Beliau berkata, operasi turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Menurut beliau, ujian air kencing dijalankan terhadap 20 mat rempit mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine. Pada masa sama, 25 motosikal disita bagi siasatan lanjut.

“Sebahagian daripada mereka adalah remaja dan kami harap ibu bapa mengawal pergerakan anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan gejala negatif,” katanya. – myMetro Online

Tags: Mat Rempitpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adik Jual Nasi Lemak Dibantu Lembaga Zakat Selangor

Next Post

Bajet: Insentif Kepada GLC Sediakan Peluang Kerja, Latihan

Related Posts

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post

Bajet: Insentif Kepada GLC Sediakan Peluang Kerja, Latihan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd