• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Tetap Melancong Ke Luar Negara

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penularan kes zika di luar negara seperti Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Mexico tidak menghalang sebilangan rakyat negara ini dari mahu melancong keluar negara.

Mereka berpendapat kes pembawaan nyamuk ini tidak akan terkena kepada mereka apatah lagi mereka telah membuat persediaan bagi menghadapinya.

Tinjauan Bernama pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia 2016 (Matta Fair 2016) yang berakhir semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mendapati ramai yang masih berminat untuk mendapatkan pakej pelancongan murah yang ditawarkan.

Seorang pengunjung Nurul Awanis Abdul Wahid, 46, berkata walaupun mungkin ramai yang takut untuk melancong, namun ia tidak menghalang beliau dan keluarganya untuk merancang percutian ke luar negara.

“Kalau kami mengambil keputusan untuk melancong, kami akan merujuk dahulu kepada pihak Kementerian Kesihatan mengenai langkah yang perlu kami ikuti,” katanya.

Eizza Athirah Shamsol Akmal, 17, pula berkata rancangannya untuk melancong ke Hong Kong bersama keluarganya pada hujung tahun ini akan tetap diteruskan seperti yang dirancang.

“Kami datang ke Matta Fair untuk membuat tinjauan harga dan pakej terbaik yang ditawarkan. Pada saya isu Zika bukan berupa masalah selagi kita mengambil langkah pencegahan ke atasnya,” katanya.

Sarah Liyana Abu Hassan, 26, berpendapat orang ramai awam tidak perlu panik, sebaliknya perlu mengambil tahu lebih lanjut tentang virus itu sebelum membuat keputusan melancong.

“Kalau boleh elakkan daripada melancong ke negara yang sudah ada penyebaran luas Zika. Saya secara peribadi tidak begitu risau tentang zika seperti berlaku wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) sebelum ini,” katanya yang baru pulang dari Singapura.

Disahkan dua kes zika dilapor berlaku dalam negara setakat semalam yang satu daripadanya membawa kepada kematian yng berpunca daripada jangkitan tempatan.

Sementara kes pertama berlaku apabila penghidapnya didapati positif virus berkenaan selepas pulang daripada Singapura. – BERNAMA

Tags: Zika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Zika Selamat Lahirkan Bayi Normal

12/02/2017
0

PUTRAJAYA - Seorang wanita mengandung dari Johor Bahru yang dijangkiti virus Zika telah selamat melahirkan bayi perempuan tanpa mikrosefali, kata...

Pesakit Virus Zika Pertama Di Malaysia Beransur Sihat

04/11/2016
0

SHAH ALAM - Wanita berusia 58 tahun dari Bandar Botanik, Klang, yang merupakan rakyat Malaysia pertama dijangkiti virus Zika pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd