• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yahudi Israel Pun ‘Ketawa’ Perancis Mahu Haram Burkini

oleh
04/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEL AVIV – Meskipun sering berbeza pendapat, ada satu perkara yang mendapat respons sama daripada masyarakat Islam dan Yahudi, iaitu isu larangan memakai burkini di pantai Perancis.

Ia susulan Mahkamah Tinggi Perancis pada 26 Ogos lalu tidak meluluskan perintah larangan terhadap pakaian mandi yang menutup seluruh tubuh wanita beragama Islam oleh beberapa bandar di negara Eropah tersebut.

Tindakan datuk bandar di beberapa daerah yang mempunyai pantai menegaskan bahawa mereka tidak akan mematuhi arahan tersebut turut dikecam pelbagai badan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Dasar pelik tersebut menarik perhatian ramai dengan sebahagiannya menyokong meskipun ia turut mencetuskan kemarahan dan ejekan oleh masyarakat antarabangsa khasnya negara jiran, Britain yang jauh lebih terbuka.

Malah, usaha pengharaman burkini di Perancis menarik perhatian kepada ironi konon sebuah negara liberal tetapi mencabar ajaran agama Islam dengan menentukan apa yang tidak boleh dipakai kaum wanita penganutnya pula.

Di Israel, mungkin wujud perbezaan ideologi dan politik ketara antara penduduk Yahudi dengan hampir 20 peratus masyarakat Islam di sana, namun pakaian yang melambangkan keagamaan seseorang tidak pernah menjadi isu.

“Agak pelik memandangkan Perancis berpegang kepada liberalisme dan bersikap terbuka namun tidak boleh bersikap sedemikian terhadap agama lain dan perasaan orang lain,” kata seorang wanita Israel, Ruti Solomon.

Yahudi Israel Pun 'Ketawa' Perancis Mahu Haram Burkini

Dia yang sedang menikmati cuaca nyaman di pantai di ibu kota Tel Aviv ketika diwawancara oleh agensi berita antarabangsa Reuters turut menyerlahkan sifat toleran terhadap Muslimah berbukini sebagai bukan isu baharu.

Secara kebetulan, tidak jauh di belakang Ruti, seorang wanita Muslim yang bertutup lengkap di balik pakaian renang burkini kelihatan sedang seronok bermain air serta beristirahat di tepi pantai dengan ahli keluarganya sendiri.

“Saya pernah dengar tentang apa yang belaku di Eropah,” kata Shams al-Duha Alayyan, seorang wanita muda Muslim yang berasal dari Baitulmaqdis, dan berpakaian menutup aurat ketika mengunjungi pantai Israel.

“Ini adalah hak kebebasan peribadi. Jika saya mahu menutup tubuh saya, mengapa tidak boleh?” tambah beliau lagi. Meskipun begitu, warga majmuk Israel masih mempunyai keunikan tersendiri berbanding di negara lain.

Penduduk Yahudi ultra-ortodoks boleh menikmati keindahan pantai seperti orang lain, namun mereka bukan sahaja memastikan kaum lelaki dan wanita berada di pantai yang berasingan, malah silih berganti hari untuk berenang.

Anat Yahav, Ketua Eksekutif SunWay UV Clothing, sebuah syarikat Israel yang membekalkan pakaian renang gaya sopan bagi kaum Yahudi dan umat Islam di Israel selain di serata dunia menceritakan perbezaan busana tersebut.

Kaum wanita Muslim lazimnya selesa memilih untuk memakai pakaian renang yang menutup bahagian kepala, manakala wanita Yahudi pula memilih pakaian yang serupa namun tanpa menutup bahagian kepala, kata beliau.

Yahudi Israel Pun 'Ketawa' Perancis Mahu Haram Burkini

Tidak kira pakaian yang bagaimana dipilih wanita Muslim dan Yahudi, perniagaan beliau begitu laris bahkan Anat tidak memahami mengapa Perancis perlu memperbesarkan perkara yang tidak sepatutnya menjadi isu besar pun.

“Apabila saya lihat apa yang sedang berlaku di Perancis, saya rasa kami di Israel masih waras,” tambah beliau dengan gelak ketawa sambil merujuk perdebatan pemakaian burkini di negara Eropah itu sejak awal tahun ini.

Pemerintah Perancis pada mulanya melarang burkini susulan beberapa insiden serangan berdarah oleh kumpulan militan Daesh yang membuat penduduk di negara tersebut berasa tidak senang dengan komuniti Muslim tempatan.

Meskipun pengunjung di pantai Israel menyokong pentingnya tahap keselamatan diperketatkan pihak berkuasa, mereka juga memberi amaran jika Perancis tersilap sasaran hanya kerana burkini dianggap busana pengganas.

“Di Perancis, ia adalah satu masalah besar sekarang,” kata Shiran Rokban, salah seorang pengunjung pantai di Tel Aviv yang kurang bersetuju dengan kempen larangan pemakaian burkini sebagai sesuatu yang agak keterlaluan.

Beliau secara sinis menambah: “Mereka (Perancis) perlu menangani perkara yang betul, bukan setakat dengan melarang burkini atau apa-apa yang ada kaitan dengan suasana pantai.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: burkiniIsraelPerancisYahudi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KDNK Malaysia Antara Terbaik Di ASEAN – Johari

Next Post

Muhyiddin Minta Najib Saman Mungkin Emosi, Mahu Publisiti

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

28/04/2025
0

AMSTERDAM: Israel bakal berdepan tuduhan melanggar undang-undang antarabangsa kerana enggan membenarkan bantuan memasuki Semenanjung Gaza. Ia berikutan apabila puluhan negara...

Next Post

Muhyiddin Minta Najib Saman Mungkin Emosi, Mahu Publisiti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd