• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Mesir Terjatuh Balkoni Ditemukan Mati Lemas

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seorang warga Mesir yang dilapor hilang sejak empat hari lalu ditemukan mati lemas hari ini.

Pengarah Maritim Daerah 1 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohamad berkata mayat Yahya Yousry Mohamad Al-Sayid dikesan terapung di permukaan laut kira-kira 12 kilometer dari lokasi beliau dipercayai terjatuh dari balkoni sebuah hotel berdekatan Tanjung Burau.

Mayatnya yang ditemukan pasukan mencari dan menyelamat dibawa ke Jeti Polis Marin di Bukit Malut sebelum dibawa ke Hospital Langkawi.

“Operasi mencari dan menyelamat agak mencabar ekoran angin kuat dan laut bergelora,” kata Zulkarnain.

Isteri dan beberapa orang anggota keluarga mangsa turut berada di jeti sebelum mengiringi kenderaan polis yang membawa mayat ke hospital.

Bernama difahamkan anggota keluarga mangsa bercadang membawa balik jasadnya ke Mesir hari ini.

Yahya Yousry tiba di sini Isnin lepas untuk bercuti bersama-sama isterinya dan mereka mendaftar masuk di Berjaya Resorts and Hotels, sebelum beliau dilapor hilang selepas terjatuh dari balkoni chalet hotel itu kira-kira pukul 4.00 petang hari yang sama. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd