• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Nyaris ‘Diculik’ Selepas Gagal Kunci Kereta

oleh AK-47
15/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA tidak mengunci kenderaan, seorang wanita nyaris ‘diculik’ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di Sungai Buloh, Selangor petang semalam.

Detik cemas ini dialami Nabila Huda Mohamad ketika menunggu suaminya yang masuk ke dalam sebuah bank dengan keretanya pula kebetulan tidak dikunci.

Dia mendakwa hampir dilarikan seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada di dalam kereta.

Bagaimanapun, penjenayah tersebut berjaya diberkas suaminya dan orang ramai yang berada di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Kejadian ini dikongsikan Nabila menerusi akaun Facebooknya dan dikongsi lebih 3,700 kali sebagai peringatan kepada netizen untuk mengunci kenderaan walaupun ada penumpang di dalam kereta.

“Peristiwa petang tadi (semalam), pengajaran dan peringatan buat semua, pastikan lock kereta walaupun sekejap mana pun meninggalkan kereta. Lagi-lagi dengan keadaan enjin hidup, saya masih trauma dengan peristiwa saya hampir dilarikan oleh orang yang tak dikenali.

“Allah masih sayangkan saya di mana saya sempat menjerit panggil husband yang berada di dalam bank, tragis sikit la sebab ada adegan terseret di pintu sebab nak rampas kunci.

“Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dapat tarik perhatian orang ramai untuk tolong, penjenayah berjaya ditahan, sekali dengan kereta pun kena tinggal di balai… huhu… sekarang still trauma dengan lebam-lebam di badan yang confirm tak dapat tidur la malam ni,” katanya.

Suaminya cedera di tangan ketika cuba memberkas penjenayah tersebut manakala dirinya masih trauma dengan kejadian itu.

Nabila yang sebelum ini sering membaca kejadian yang sama di akhbar dan media sosial, tidak menyangka insiden tersebut berlaku ke atas dirinya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: culikcuri keretapolissungai buloh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd