• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wahabi: Dua Tokoh Agama Sahut Cabaran Mufti Perlis

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Ustaz Zamihan Mat Zin menyahut seruan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin untuk berdialog mengenai penyebaran fahaman Wahabi di Malaysia.

Beliau bagaimanapun mahu dailog itu diadakan pada sidang Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengelak ada pihak yang berdaialog mengambil kesempatan melakukan teknik ‘spin’ memandangkan ramai alim ulama akan berada di situ untuk menilai.

“Mereka (alim ulama) boleh menilai dan membuat keputusan segera. Dailog di Perlis atau di depan orang awam amatlah tidak sesuai. Ia lebih menambah fitnah berbanding natijah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam Mohd. Asri mencabar Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN) yang turut dianggotai Aswaja untuk berdialog mengenai ‘Bahaya Ekstrimisme Agama’ di Perlis.

Ia ekoran kenyataan AMIN mendesak pihak berwajib supaya mengharamkan penceramah yang dilihat mengajar fahaman Wahabisme termasuk Mufti Perlis baru-baru ini.

Zamihan dalam pada itu meminta Mohd. Asri jangan mengamalkan ilmu putar alam kerana seorang mufti mesti berani dan bercakap benar.

Beliau turut menyifatkan Mufti Perlis itu sedang kepanasan, meroyan dan cepat melatah kerana mengeluarkan kenyataan pra matang dan dangkal berhubung desakan AMIN.

“Hubungi saya segera untuk tempahan dailog tanpa sebarang bayaran dan prejudis. Saya boleh bongkar dakwaannya satu persatu dengan selamba, mudah dan berfakta,” katanya.

Terdahulu, seorang lagi pemimpin Aswaja, Ustaz Abu Syafiq turut menegaskan beliau menyahut cabaran Mufti Perlis kerana beliau anti-Wahabi.

“Saya nyatakan saya sahut cabaran debat anda. Bukan nak tunjuk sapa hebat tapi jika kami salah kami akui kami salah dan jika…jika anda pembohong Allah akan tunjukkan depan khalayak ramai,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mufti Perliswahabi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Solat Sunat Aidilfitri Di Tanah Lapang Bukan Amalan Wahabi

Solat Sunat Aidilfitri Di Tanah Lapang Bukan Amalan Wahabi

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha di tanah lapang bukan amalan wahabi, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd