• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lelaki Tikam Wanita 30 Kali Kerana Lamaran Ditolak

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEK kerana lamaran cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak menikam seorang wanita berusia 21 tahun di New Delhi sebanyak 30 kali selama lebih kurang 3 minit hingga mati.

Lebih menyedihkan, perbuatan kejam lelaki itu dilakukan di khalayak ramai tetapi tiada sesiapa yang berani tampil menghalangnya kerana lelaki itu berkelakukan seperti seorang yang tidak waras, lapor India Express.

Menurut sumber, pada awal kejadian, seorang lelaki cuba memberikan bantuan kepada wanita tersebut tetapi terpaksa melarikan diri kerana terlalu takut dirinya sendiri akan diserang.

Dalam kejadian yang berlalu pada Selasa lalu itu, mangsa, Karuna Kumar, 21, merupakan seorang guru sedang dalam perjalanan untuk ke sekolah apabila secara tiba-tiba diserang oleh Surender Singh, 34, dengan sebilah gunting.

Mangsa yang ditikam di muka dan dadanya kemudian dikejarkan ke hospital tetapi disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian.

Seorang saksi berkata, Surender menikam Karuna sebanyak 30 kali dalam masa 3 minit dan dia juga menendang Karuna di bahagian muka dan dadanya.

Sepupu Karuna, Neha yang berada di tempat kejadian juga diugut oleh Surender dan hanya mampu menjerit memintan bantuan tanpa mendekati sepupunya itu.

India Express juga melaporkan bahawa Surender telah meluahkan rasa cintanya kepada Karuna tetapi ditolak kerana dia  sedang menjalani proses perceraian dan mempunyai dua orang anak.

Isteri Surender memfailkan tuntutan perceraian tersebut kerana tidak tahan dirinya sering dipukul oleh Surender yang juga merupakan anak kepada seorang pegawai polis New Delhi yang sudah bersara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jenayahtikamviral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd