• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul PAS Tidak Perkasakan Mahkamah Syariah

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang diusul di Dewan Rakyat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei lalu mengelirukan.

Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (PAN), Wan Anwar Wan Ibrahim mendakwa, pihaknya mendapati usul tersebut tidak akan dapat memperkasakan Mahkamah Syariah seperti yang dicanang oleh PAS.

“Ia langsung tidak memberikan sebarang indikator di sudut mana Mahkamah Syariah boleh diperkasakan melalui RUU tersebut selain daripada cadangan meningkatkan hukuman yang jelas menimbulkan ketakutan dan salah faham dalam kalangan rakyat.

“Lebih mengecewakan  apabila diminta oleh PAN untuk menjelaskan maksud ‘memperkasakan Mahkamah Syariah’ melalui RUU tersebut pada 6 September 2016, Ahli Parlimen Marang (Abdul Hadi) masih membisu dan membiarkan rakyat terus berada dalam kekeliruan,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Wan Anwar turut mempersoalkan apakah peranan peguam PAS yang diwakili oleh Ahli Parlimen Marang tersebut dalam Dewan Rakyat untuk menjelaskan bagaimana usul itu boleh memperkasakan Mahkamah Syariah.

Ia ekoran, dakwanya, aspek pemerkasaan Mahkamah Syariah yang lebih penting adalah isu perjawatan, kapasiti, infrastruktur, tatacara siasatan, pendakwaan dan penguatkuasaan hukuman atau perintah berbanding hukuman. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Parti Amanah Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd