• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti Diminta Rangka Pendekatan Kukuhkan Perpaduan

oleh Ahmad Albab
20/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Universiti di negara ini wajib memberi perhatian, merangka pendekatan dan melaksanakan program yang dapat meningkatkan kefahaman, mengeratkan hubungan serta mengukuhkan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bertitah pendidikan dan institusi pendidikan berperanan penting sebagai medium serta platform dalam usaha memupuk dan membina semangat perpaduan dalam kalangan warga.

“Faktor-faktor keterbukaan dan toleransi, saling menghormati dan memahami, saling mengenali dan menerima perbezaan terutama dalam isu-isu menyentuh agama serta budaya amat penting diberi perhatian,” titah baginda.

Tuanku Zara yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-18 di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini hari ini.

UPSI menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 9,304 graduan selain menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Tuanku Zara bertitah agar lepasan universiti berusaha dan membantu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai rakyat bersatu padu selain menumpahkan kesetiaan kepada raja dan negara.

Titah baginda, sejak merdeka 59 tahun lalu semangat satu negara-satu bangsa, telah dirintis dalam kalangan anggota masyarakat yang memiliki pelbagai latar belakang agama, etnik, budaya dan bahasa.

Menyentuh mengenai UPSI, baginda bertitah universiti itu yang bermula dengan Sultan Idris Training College (SITC) telah melahirkan ramai para pejuang kemerdekaan tanah air melalui penulisan dan persuratan, pendidikan, pertubuhan sukarela serta parti politik.

“SITC memiliki kaitan sejarah yang signifikan dengan perjuangan kemerdekaan tanah air, melahirkan inteligensia bangsa pada era pramerdeka.

“Semangat kesedaran mahu meningkatkan martabat bangsa, mula dinyalakan di sini. Suara menuntut supaya bumi ini dibebaskan daripada cengkaman penjajahan dan bangkit sebagai tanah air yang merdeka turut digemakan di sini,” titah Tuanku Zara. – BERNAMA

Tags: Tuanku Zara SalimUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd