Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Kerja Di Projek Gateway...

KUALA LUMPUR - Vivocom Intl Holdings Bhd berkata ia menghentikan sementara waktu kerja-kerja...

Perogol Terlepas Hukuman Setelah...

KUCHING - Seorang lelaki berusia 22 tahun terlepas hukuman penjara dan sebatan selepas...

Polis Siasat Dakwaan 10...

KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan 10 nelayan yang dipercayai...

Kedai Jual Karpet Rosak...

MELAKA - Sebuah kedai menjual karpet dan barangan rumah seperti bantal, tikar dan...

Umat Islam Perlu Sedia Berkorban – Fadillah

KUCHING – Umat Islam perlu sentiasa bersedia untuk melakukan pengorbanan demi memperkukuhkan akidah serta mengelak daripada melakukan kejahatan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof di sini hari ini.

Beliau berkata semangat pengorbanan bukan sahaja untuk memperkukuhkan iman seseorang Muslim, malah dapat memastikan negara kekal aman, stabil dan makmur.

Beliau berkata demikian kepada media sebelum menyampaikan lembu dan kambing korban untuk diagihkan kepada beberapa masjid dan surau di kawasan Parlimen Petrajaya di sini hari ini.

Menurut Fadillah, tahun ini beliau menyerahkan 45 ekor lembu dan kambing, iaitu jumlah terbesar yang pernah diberikan untuk kawasannya.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang menyumbang termasuk badan-badan korporat,” katanya.


Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian, berkata ini merupakan sambutan Hari Raya Korban pertamanya di Kawasan Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kawah.

Sim yang memenangi kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya negeri awal Mei lepas menyerahkan 11 ekor lembu kepada empat masjid dan tujuh Surau.

Sim yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), berikrar untuk terus menghulurkan sumbangan (lembu) setiap tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori