Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Rampas 635...

KUANTAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di sini merampas 635 karton...

DBKL Lulus RM100,000 Selesai...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan peruntukan RM100,000 dalam reaksi...

Rela Dipecat : Hishammuddin...

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN)Hishammuddin Tun Hussein kekal dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan...

Salmon Atas Tong Sampah,...

BEBERAPA hari lalu kecoh di laman sosial apabila video ikan salmon yang berada...

Ukraine Suarakan Sokongan Mutlak Siasatan MH17

KUALA LUMPUR – Ukraine, sebagai anggota Pasukan Penyiasat Bersama MH17 (JIT), akan memberi sokongan mutlak terhadap siasatan berkaitan tragedi itu bagi memastikan tanggungjawab kehakiman ditegak tanpa mengira tempoh masa yang bakal diambil.

Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo berkata pada akhirnya, hanya bukti kukuh yang akan menghukum pelaku terbabit di mahkamah, dan ini lebih penting berbanding tempoh yang diambil bagi melengkapkan siasatan.

“Setelah mengetahui jenis senjata yang digunakan, barulah kita boleh menjejaki individu terbabit,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di ibu pejabat agensi berita itu di sini hari ini.

Pada Rabu, JIT mengeluarkan satu laporan interim di Belanda berkaitan aspek jenayah dalam insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 serta mengorbankan kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Laporan itu mendapati pesawat jenis Boeing 777 itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK 9M38-series, yang dilancarkan dari wilayah dikuasai kumpulan pemisah militia disokong Rusia dan kemudian diangkut balik ke Rusia.

JIT berkata siasatan seterusnya akan memfokus kepada pelaku dan setakat ini, ia telah mengenal pasti kira-kira 100 orang yang boleh dikaitkan dengan tragedi MH17 atau kenderaan yang mengangkut BUK-TELAR.

Mereka juga bersetuju melanjutkan perjanjian JIT sehingga 1 Januari 2018. Menjawab satu soalan, Nechytaylo berpendapat siasatan tidak perlu terlalu memfokus kepada pemberontak sebaliknya mereka yang berada di belakang tabir dan memberikan arahan.

Secara peribadi, beliau berkata tiada apa yang boleh menggantikan kesemua nyawa yang telah hilang.

“Apa yang menyedihkan saya ialah kesemua mangsa tidak bersalah dan tidak terlibat dalam konflik (di Ukraine).”


Mengulas dakwaan Rusia bahawa laporan itu berat sebelah serta bermotifkan politik, Nechytaylo berkata penemuan yang diperoleh sememangnya bebas menerusi pembabitan lima negara iaitu Belanda, Australia, Malaysia, Belgium dan Ukraine.

“Dalam situasi ini, ia bukan hanya membabitkan Ukraine atau Russia sebaliknya lima negara (JIT). Anda boleh menganggap laporan ini bermotifkan politik namun jika anda tidak mempunyai bukti, maka ia hanya sekadar kata-kata,” katanya.

Beliau berkata semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dialu-alu mengemukakan bukti kepada JIT seperti yang termaktub dalam Resolusi 2166 Majlis Keselamatan PBB.

Resolusi itu, yang turut disokong oleh Rusia, menggesa semua negara anggota PBB “memberikan apa-apa bantuan yang diminta dalam siasatan sivil dan jenayah.”

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova dilaporkan sebagai berkata negara berkenaan kecewa kerana tiada perubahan dalam siasatan tersebut dan penemuan yang diperoleh adalah berat sebelah serta bermotifkan politik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori