• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Lulus RM100,000 Selesai Masalah Banjir Kilat

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan peruntukan RM100,000 dalam reaksi pantasnya bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan industri di Jalan Segambut Estet.

Peruntukan itu termasuk bagi membaik pulih serta membersihkan sistem saliran dan longkang tersumbat yang menjadi punca utama kejadian banjir kilat apabila hujan melanda ibu negara.

Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk P.Gunaseelan berkata pihaknya menerima aduan mengenai banjir akibat longkang tersumbat di kawasan itu Jumaat lepas.

“Sebaik sahaja menerima aduan, pihak DBKL bersama Alam Flora dan Jabatan Kesihatan DBKL meninjau kawasan itu. Hasil tinjauan dimaklumkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin dan keesokannya beliau telah meluluskan peruntukan itu,” katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan industri itu hari ini.

Gunaseelan berkata proses pembersihan, baik pulih dan penstrukturan semula saluran longkang sepanjang 200 meter itu akan mengambil masa tiga minggu.

Jelasnya, masalah adalah berpunca daripada pembuangan sisa minyak masak, sampah, serpihan dan sisa industri daripada premis yang beroperasi berdekatan dan ia turut menjurus kepada masalah pembiakan nyamuk Aedes.

“Kita telah menasihatkan premis-premis berdekatan untuk menggunakan ‘grease trap’ untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang pada masa hadapan dan mereka telahpun bersetuju untuk berbuat demikian,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jabatan Penguatkuasa dan Penasihat DBKL menyeru orang ramai agar memainkan peranan dalam isu-isu seperti itu dan bersama-sama memelihara alam sekitar.

“DBKL akan cuba melakukan yang terbaik dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar bertaraf unggul dan cemerlang, namun semua ini agak sukar untuk dicapai jika masyarakat tidak memberi kerjasama seperti membuat aduan dengan kadar segera,” katanya.

Projek baik pulih longkang bertakung dan tersumbat itu diuruskan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam Dan Saliran DBKL dengan kerjasama Jabatan Kesihatan DBKL dan Alam Flora. – BERNAMA

Tags: banjir kilatDBKL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd